☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Februari 2022

Juara WSBK 2021, Toprak Razgatlioglu Dapat Peluang Uji Jentera MotoGP

Yamaha telah mengesahkan bahawa Juara WSBK 2021, Toprak Razgatlioglu akan mendapat peluang menguji jentera MotoGP menjelang musim panas nanti. Ia baik buat Toprak untuk menilai potensinya untuk ke dunia MotoGP lebih awal daripada yang dirancang pada tahun 2023.

Pelumba Turki itu menghadiahkan Yamaha gelaran Juara WorldSBK buat pertama kalinya sejak 12 tahun selepas Ben Spies meraih kejuaraan berprestij ini pada tahun 2009 yang lalu.

Razgatlioglu menang dalam pertarungan sengit menentang Jonathan Rea yang cukup mendebarkan sebelum merangkul kejuaraan pada perlumbaan pusingan akhir yang diadakan di Litar Mandalika, Indonesia tahun lalu.

Rancangan asal Yamaha adalah untuk memberikan Razgatlioglu menunggang jentera M1 ketika diadakan ujian 'Post-Season' MotoGP tetapi disebabkan pertukaran tarikh untuk pusingan Indonesia, ia telah menggagalkan rancangan tersebut. Apa pun, ini adalah kali pertama Yamaha secara rasmi mengesahkan Razgatlioglu akan diberi peluang untuk memacu jentera YZR-M1.

Yamaha YZF-R1
Yamaha YZF-R1

Kini, muncul pula desas desus bahawa pihak Yamaha sedang mempertimbangkan untuk mencadangkan namanya ke saingan MotoGP pada tahun 2023 nanti.

Adakah Razgatlioglu mampu mengendalikan jentera Yamaha YZR-M1 sehebat yang dia lakukan bersama YZF-R1? Kita nantikan. RR

Sumber: http://www.visordown.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.