☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Mac 2022

Cub Prix 2022: Azroy Dapat Jentera Baru....Honda RSX

Juara bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar akan mempertahankan takhta miliknya musim ini dengan menggunakan jentera serba baru iaitu Honda RSX-150. Azroy serta pasukan Honda Yuzy Idemitsu akan beraksi dengan jentera mantap yang dilancarkan ke pasaran negara penghujung tahun lalu. Ini merupakan kali pertama Honda RSX ini akan beraksi di litar perlumbaan.

"Matlamat saya untuk tahun ini adalah untuk mempertahankan gelaran juara. Jentera Honda RSX-150 akan menggantikan jentera sebelum ini iaitu Honda RS150. Kami begitu yakin dengan kebolehan dan kemampuan jentera ini dan kami berharap bukan sahaja akan berjaya mempertahankan gelaran Juara CP150 tetapi turut memenangi gelaran Juara Pasukan CP150 musim 2022."

Lebih menarik, Azroy akan menggunakan nombor #1 pada jenteranya dan ia sememangnya layak sebagai juara bertahan. "Nombor ini sememangnya jarang digunakan dalam perlumbaan. Kali terakhir nombor ini diperlagakan di atas litar perlumbaan adalah pada musim 2014 apabila ianya digunakan oleh Zaqhwan Zaidi."

Aksi Azroy pada musim lepas.
Aksi Azroy pada musim lepas.

Pusingan pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Litar Utara Sepang pada 12hb dan 13hb Mac 2022 ini. Kedatangan para peminat amat dialu-alukan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.