☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Mac 2022

Hafizh Syahrin Sasar 10 Pelumba Terbaik di WSBK 2022

Pelumba negara, Hafizh Syahrin yang bakal berentap dalam saingan WorldSBK musim 2022 menyatakan sasarannya untuk menamatkan saingan di antara 10 pelumba terbaik di setiap pusingan.

Malaysia akan berada di grid KejohananWSBK buat kali pertama sejak 1990an apabila Hafizh menyertai Pasukan Honda MIE Racing. Kali terakhir negara mempunyai pelumba dalam saingan WorldSBK ialah pada tahun 1993 iaitu C. Adi Haslam.

Pelumba berusia 27 tahun itu berpindah ke WorldSBK selepas bersaing di paddock MotoGP sejak 2011. Dalam kariernya itu, Hafizh telah mengharumkan nama Malaysia di kelas Moto2 dan kemudian berpindah ke kelas Prima, MotoGP pada tahun 2018 dan 2019. Hafizh akan berkongsikan pengalamannya bersama Pasukan MIE Racing Honda. Hafizh Syahrin menyahut cabaran musim pertamanya ini bersama wakil Argentina, Leandro Mercado.

Prinsipal Pasukan Mie Racing, Midori Moriwaki 'kanan' & Hafizh Syahrin ketika persetujuan untuk menyertai pasukan Mie Racing tahun lalu.
Prinsipal Pasukan Mie Racing, Midori Moriwaki 'kanan' & Hafizh Syahrin ketika persetujuan untuk menyertai pasukan Mie Racing tahun lalu.
Hafizh di hadapan kedai gunting rambut miliknya, Nimroc Barbershop yang beroperasi di Taman Dagang.
Hafizh di hadapan kedai gunting rambut miliknya, Nimroc Barbershop yang beroperasi di Taman Dagang.

“Pertama sekali, saya belum lagi berpeluang mencuba jentera itu, tetapi saya percaya sejak pertengahan musim lalu talaannya itu semakin baik. Saya mahu menamatkan saingan dalam sepuluh teratas di setiap perlumbaan dan akan cuba memberi cabaran kepada pelumba. Saya mengenali beberapa orang pelumba seperti Locatelli, Alvaro Bautista dan beberapa yang lain yang pernah berlumba MotoGP,” kata Hafizh.

“Saya pasti ingin belajar dari Toprak kerana dia masih muda dan sangat pantas, dan pelumba legenda di WorldSBK, Jonathan Rea. Ia satu cabaran besar untuk saya tetapi saya akan cuba memberikan segala yang saya ada. Segala pengalaman di MotoGP akan saya gunakan di saingan WSBK ini,” tambahnya.

Perlumbaan pertama WorldSBK 2022 akan bermula di Litar Aragon, Sepanyol pada 8-10 April 2022. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).