☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Mac 2022

Apa sebenarnya berlaku antara Fabio Quartararo & Jack Miller di Mandalika?

Tidak dinafikan, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) dan Jack Miller (Ducati Lenovo Team) menikmati kejayaan mereka berdua menamatkan saingan di GP Indonesia masing-masing di kedudukan P2 dan P4. Setidak-tidaknya ia dapat mengubati kesedihan kedua-dua mereka selepas mengharungi minggu pembukaan musim baru di Qatar yang mengecewakan.

Perlumbaan di Indonesia memang sukar dek kerana cuaca yang kurang baik. Miller mendahului saingan di peringkat awal sebelum tercicir pada separuh masa kedua. Quartararo pula lebih baik. Kurang menyerlah di peringkat awal tetapi kemudian rentaknya laju untuk meraih podium kedua. Tetapi hakikatnya, telah berlaku sentuhan di antara dua pelumba itu!

Selepas perlumbaan, Quartararo dan Miller ditanya tentang insiden yang berlaku. Pada Selekoh 1 di Lap 2, Miller memintas Quartararo dari dalam sebelum tiba di penghujung laluan lurus tetapi sedikit melebar. Pada saat itu juga Quartararo cuba menyerang semula dari dalam dan menyebabkan jenteranya 'melanggar' Miller.

“Saya sudah memintasnya dan dia memecut jenteranya ke bahagian tepi kaki saya seperti yang dia lakukan pada Johann. Saya rasa sikap sebegini tidak perlu kerana saya boleh terbabas. Mana boleh selepas kena pintas, awak terus pecut menghala tayar depan pelumba lain. Saya rasa ini tidak adil. Dia meluru terus ke tepi sut tunggangan saya sedangkan ketika itu rentak saya lebih baik. Dari petak kesembilan saya berjaya di depan sedangkan dia berada di posisi pole, saya memang lebih laju!” Kata Jack Miller.

Quartararo kemudiannya membangkitkan hal ini di sidang akhbar sebaik sahaja perlumbaan tamat: “Saya tidak kisah, kerana dia juga pada masa dulu mempunyai beberapa gerakan agresif. Saya rasa corak tunggangan saya benar-benar tidak agresif tetapi tidak sangka telah tersentuh. Lagi pun bukannya kuat sangat.”

"Saya tidak tahu sama ada anda menontonnya di TV, tetapi sebelum bercakap saya rasa lebih baik dia tengok dulu kerana saya tidak melakukan kesalahan," tambah Quartararo.

“Saya nampak dia terus bercakap tapi saya tak dengar. Dia memang nampak tak gembira langsung tetapi seperti yang saya kata tadi, saya tidak lakukan tunggangan yang ganjil. Dia melebar, saya serang semula dari dalam. Saya akan minta komen daripada para pelumba lain tentang insiden ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.