☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 April 2022

MotoGP: Saingan di COTA Pamer Aksi Hebat

Saingan MotoGP yang berlangsung Circuit of the Americas (COTA) sememangnya memberikan kepuasan buat sesiapa sahaja yang menontonnya. Sekali lagi Enea Bastianini atau The Beast muncul juara selepas mempamerkan tunggangan yang cukup mantap untuk menewaskan para pelumba lain. Turut mencipta sejarah ialah jaguh pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins yang berjaya mengenepikan Jack Miller pada lap terakhir untuk tamat di tempat kedua dan menghadiahkan podium ke-500 buat Suzuki.

Di awal saingan, Miller bermula dengan cukup baik, memintas Jorge Martin dan Francesco Bagnaia (Pecco) untuk memimpin saingan. Tidak lama kemudian, Bastianini mula rapat dan tanpa membuang masa, dia terus membuat serangan demi serangan. Pada ketika ini, jentera Ducati mengungguli saingan dengan para pelumba mereka berada di posisi 1 hingga 5. Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo di tempat keenam manakala Rins dan Joan Mir masing-masing di P7 dan P8.

Alex Rins hadiahkan kemenangan podium ke-500 buat Suzuki.
Alex Rins hadiahkan kemenangan podium ke-500 buat Suzuki.
Jack Miller '43' melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan.
Jack Miller '43' melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan.

Bermula dari Lap 6, Rins mula mengorak langkah untuk mengejar dan antara pelumba yang menjadi 'mangsa' terawalnya ialah Pecco diikuti Johann Zarco tidak lama kemudian. Walaupun mempunyai rentak yang cemerlang, Rins kelihatan agak sukar untuk menyaingi kepantasan Bastianini yang berada di tempat kedua.

Bastianini semakin laju mengejar Miller di depan dan jarak di antara kedua-dua pelumba ini semakin dekat dari masa ke semasa. Apabila saingan berbaki lima lap saja lagi, Bastianini membuat serangan untuk memintas Miller dan selepas berjaya, dia terus memecut ke hadapan. Miller cuba mengejar tapi tidak lama kemudian, dia terpaksa pula menghadapi serangan dari Rins yang jelas semakin pantas. Jentera Suzuki memang cukup padu di COTA dan akhirnya berjaya memintas lawannya pada Selekoh 19 untuk meraih tempat kedua.

Fabio Quartararo '20' cuba mengasak Johann Zarco '5'.
Fabio Quartararo '20' cuba mengasak Johann Zarco '5'.

Siapa lebih handal? Joan Mir '36' atau Fabio Quartararo?

Marc Marquez. Dari petak akhir ke P6...memang bukan calang-calang.
Marc Marquez. Dari petak akhir ke P6...memang bukan calang-calang.

Di belakang kelompok utama ini, hadirnya bekas juara dunia iaitu Marc Marquez yang benar-benar membuktikan kehandalannya. Bermula di petak belakang bukanlah batas yang menghalangnya daripada membuat pecutan luar biasa. Pelumba dari Sepanyol itu memintas para pelumba lain untuk melintasi garisan penamat di tempat keenam. Hebat!

Pecco terus bersemangat untuk saingan seterusnya.
Pecco terus bersemangat untuk saingan seterusnya.
Masih berbisa...Marquez '93' memintas rakan sepasukannya Pol Espargaro.
Masih berbisa...Marquez '93' memintas rakan sepasukannya Pol Espargaro.

"Hari yang hebat! Memang sukar perlumbaan ini. Bahagian awal perlumbaan Miller memiliki rentak yang sangat pantas. Semasa pertengahan saingan, saya melihat Rins sangat dekat dengan saya dan untuk tidak dipintas, saya memutuskannya untuk memecut terus ke depan. Suhu tayar hadapan terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa menunggang sebaik-baiknya. Sungguh luar biasa untuk menang di sini di Amerika ini kerana ia adalah litar yang hebat bersama para pelumba yang hebat. Kini tiba masanya untuk makan burger gaya Amerika!" RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.