☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 April 2022

Damok Dapat Tiket 'Wild Card' Moto3 di GP Portimao & GP Jerez

Pelumba negara, Syarifuddin Azman atau popular dengan panggilan 'Damok' bersedia untuk mengharumkan nama negara selepas mendapat tiket 'wild card' untuk beraksi dalam saingan Moto3 pada dua pusingan yang bakal berlangsung di Litar Portimao pada hujung minggu ini dan di Litar Jerez pada 1 Mei depan.

Damok yang akan membuat penampilan dengan memacu jentera Honda adalah bagi menggantikan pelumba pasukan Rivacold Spiners, Alberto Surra yang masih dibelenggu dengan kecederaan yang dialaminya di GP Americas baru-baru ini.

“Berita mengenai peluang 'wild card' ini datangnya daripada pengurus pasukan Sepang International Circuit (SIC) Racing, Zulfahmi Khairudin. Pada mulanya saya tak percaya tetapi kini begitu teruja dan sangat gembira dengan peluang yang diberi. Saya sudah tidak sabar lagi untuk beraksi di Portimao,” komen Damok di Sesi Media secara maya yang diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman dan Sdr Zulfahmi sendiri.

Dari kiri: Damok, Zulfahmi & En. Azhan Shafriman.
Dari kiri: Damok, Zulfahmi & En. Azhan Shafriman.

“Buat masa ini saya menyasarkan untuk dapatkan mata dan menimba pengalaman. Saya harap krew pasukan dapat memahami apa yang saya hendak dengan prestasi jentera,” tambahnya lagi.

“Kami berharap Damok akan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin dan cukup yakin dengan kemampuannya. Sasarannya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya di antara 15 pelumba terbaik memang terbaik. SIC juga turut mempunyai rancangan untuk membawa Damok ke kejuaraan Moto3 tahun hadapan dan berharap dia lakukan dengan sehabis baik untuk itu,” kata En. Azhan.

Berbicara mengenai peluang tiket 'wild card' itu, Zulfahmi menyatakan peluang itu tiba dengan adanya kerjasama di antara pasukan SIC dengan Monlau Motorsport. Menerusi kerjasama itu, pihak Monlau Motorsport akan mencari ruang pelumba 'wild card' dalam kejuaraan-kejuaraan di Eropah.

“Damok sudah tiga tahun mengendalikan jentera yang hampir sama dengan yang bakal ditunggang. Rekodnya di Litar Portimao juga baik. Damok meraih posisi P8 pada perlumbaan CEVnya di litar tersebut pada tahun lalu dan inilah masanya untuk dia memantapkan tunggangan sebelum bermulanya perlumbaan Junior World Championship FIM CEV di Estoril pada awal Mei nanti,” kata Zulfahmi. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.