Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 April 2022

Rea & Razgatlioglu Terbabas....Bautista Untung Jadi Juara

Dalam Perlumbaan 1 yang diadakan pada hari Sabtu 23 April 2022, Jonathan Rea ternyata berada di kelas tersendiri apabila berjaya menewaskan para pencabar terdekatnya untuk menjulang piala kemenangan di saingan WorkldSBK Pusingan 2 yang berlangsung Litar Assen, Belanda. Kejayaan itu juga agak istimewa kerana ia merupakan kemenangan ke-16 buat pelumba Great Britain di litar yang sama.

Bautista kini di tangga tertinggi keseluruhan.
Bautista kini di tangga tertinggi keseluruhan.

Selepas meraih keputusan yang cukup padu pada Perlumbaan 1, Rea lebih bersedia dan fokus untuk saingan kedua. Seperti biasa, dia terpaksa menerima tentangan hebat daripada Juara 2021, Razgatlioglu yang tidak rela melepaskan Rea melarikan diri. Seorang lagi 'musuhnya', Alvaro Bautista mengejar tenang di belakang.

Bermula pada lap-6, Razgatlioglu mula mengasak dan sudah tidak sabar-sabar lagi memimpin perlumbaan. Razgat menyerang dan melebar tetapi berjaya kembali ke laluan. Rea cuba masuk dari dalam ketika tiba di Selekoh 1 lalu menyebabkan kedua-dua pelumba bersentuhan dan terbabas ke luar litar. Tidak ada apa lagi yang buat dilakukan!

Baustista mengampil peluang yang terhidang untuk mencari kemenangan berharga. Makin lama makin jauh! Bautista berlumba seperti berseorangan, jaraknya dengan Andrea Locatelli (posisi kedua) terpisah sejauh 8.7s. Dengan kejayaan meraih kemenangan sebagai naib juara pada Perlumbaan 1 dan juara pada saingan kedua, Alvaro Bautista kini berada di tangga tertinggi saingan kelas prima dengan 109 mata. Tempat kedua menjadi milik Locatelli manakala Iker Lecuona di tangga ketiga dan keempat.

Alvaro Bautista '19' menang Perlumbaan 2 dengan penuh bergaya.
Alvaro Bautista '19' menang Perlumbaan 2 dengan penuh bergaya.
Juara Perlumbaa 1. Dari kiri: Alvaro Bautista, Jonathan Rea dan Toprak Razgatlioglu.
Juara Perlumbaa 1. Dari kiri: Alvaro Bautista, Jonathan Rea dan Toprak Razgatlioglu.

Siapa yang salah sebenarnya? Ini respon Jonathan Rea dan Ragzatlioglu dengan insiden yang berlaku.

Jonathan Rea kini di tangga kedua keseluruhan dengan 91 mata.
Jonathan Rea kini di tangga kedua keseluruhan dengan 91 mata.

Rea: “ Saya cuma agak kecewa. Ketiga tiba di selekoh 1, dia membrek sekuat-kuatnya dan hampir menyebabkan jenteranya berhenti di tengah selekoh. Ketika itu, kelajuannya di dalam selekoh perlahan. Saya mengekalkan laluan dan terus mengerahkan tenaga jentera saya.Anda menjangkakan, terutamanya apabila anda tahu seseorang berada di sebelah anda, bahawa mereka akan berada di sana, dan dia memotong terus ke belakang. Saya faham ia adalah kemalangan perlumbaan tetapi pertarungan kali ini bagaikan telah 'dirampas',” kata Rea.

Toprak cuba meninggalkan Bautista '19'.
Toprak cuba meninggalkan Bautista '19'.

“Saya cuba membrek dengan keras dan sedikit melebar, tapi saya berjaya elakkan daripada terkeluar dari litar. Ketika dia baru sahaja merentapkan pendikitnya, kami terhempas. Saya terkejut kerana bertembung dengan Jonny, biasanya dia tidak melakukan kesilapan kerana dia adalah legenda WorldSBK," komen Razgatlioglu.

Hafizh Syahrin '35' dan rakan sepasukannya Leandro Mercado.
Hafizh Syahrin '35' dan rakan sepasukannya Leandro Mercado.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin menamatkan Saingan 1 di tempat ke-20 tetapi berjaya mempamerkan peningkatan untuk naik tiga anak tangga ke P-17 pada Perlumbaan 2. Tahniah atas keberanian dan semangat kental. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900

Model Baru

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Triumph Motorcycles Malaysia memilih acara Art of Speed baru-baru untuk melancarkan dua model terbaru untuk tahun 2026 iaitu Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400.