☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Mei 2022

Kasma Daniel Menang dalam Perlumbaan 1 Pusingan Kedua ARRC 2022

Selepas tewas di pusingan pertama FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) pada Mac lalu, Kasma Daniel berjaya menebus kekecewaannya selepas menang dalam perlumbaan 1 di pusingan kedua ketegori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) yang berlangsung di litar Antarabangsa Sepang.

Pada awal perlumbaan, pelumba dari Pasukan YAMAHA GEN BLU Racing Asean yang bermula dipetak pertama itu telah kehilangan rentak dan membenarkan pelumba pasukan SDG Motor Sports HARC-PRO dan Zhaqwan Zaidi dari pasukan HONDA Asia-dream Racing with SHOWA memintasnya. Pelumba Malaysia, Zhaqwan Zaidi telah mengekori rapat di belakang Haruki untuk perebutan tempat pertama sehingga lap ke-7.

Kasma Daniel meraikan kemenangannya bersama pasukan.
Kasma Daniel meraikan kemenangannya bersama pasukan.

Walaubagaimanapun, Kasma berjaya mengerahkan seluruh tenaganya memintas dua pelumba di hadapannya untuk memimpin perlumbaan di pusingan kelapan sehingga tamat perlumbaan. Beliau melepasi garisan penamat dengan catatan masa 25:44:610s diikuti tempat kedua dimenangi oleh Haruki Nogushi (25:47:125s)

Manakala Md Zaqhwan Zaidi terpaksa akur menamatkan perlumbaannya di tempat keempat apabila kedudukan ketiga dirampas oleh pelumba pasukan YAMAHA Thailand Racing Team, Apiwath Wongthananon dengan catatan masa 25:47:391s.

Md Ibrahin meraih kemenangan di tempat pertama SS600.
Md Ibrahin meraih kemenangan di tempat pertama SS600.

Sementara itu, Md Ibrahim Md Norrodin dari SIC Racing meraih tempat pertama dalam perlumbaan 1 kategori SS600.

Beliau yang menunggang jentera Yamaha YZF-R6 itu berjaya menawaskan bekas pelumba Moto2 dan Moto3 Negara, Khairul Idham Pawi (Boon Siew Honda Racing Team) dengan catatan masa 21:52:255s. Oleh itu, tempat kedua menjadi milik Khairul dan rakan sepasukannya Azroy Hakeem Anuar di tempat ketiga. RR

Keputusan perlumbaan 1 pusingan kedua ARRC 2022

Asia Superbike 1000cc -Top 5 Riders:

  • Kasma Daniel Kasmayudin, YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN, 25:44:610s
  • Haruki Noguchi, SDG Motor Sports HARC-PRO Ph., 25:47:125s
  • Apiwath Wongthananon, YAMAHA Thailand Racing Team, 25:47:391s
  • Md Zaqhwan Zaidi, HONDA Asia-dream Racing with SHOWA, 25:48:010s
  • Anupab Sarmoon, YAMAHA Thailand Racing Team, 25:48:264s

Super Sports 600cc – Top 5 Riders:

  • Md Ibrahim Md Norrodin, SIC Racing, 21:52:255s
  • Khairul Idham Pawi, Boon Siew HONDA Racing Team, 21:52:789s
  • Azroy Hakeem Anuar, Boon Siew HONDA Racing Team, 21:52:987s
  • Md Helmi Azman, Boon Siew HONDA Racing Team, 21:53:877s
  • Andi Farid Izdihar, ASTRA HONDA Racing Team, 21:54:810s
Andy Muhammad Fadly
Andy Muhammad Fadly

Asia Production 250cc – Top 5 Riders:

  • Andy Muhammad Fadly, Motul Sniper Manual Tech Racing Team, 19:40:517s
  • Rheza Danica Ahrens, ASTRA HONDA Racing Team, 19:41:078s
  • Aiki Iyoshi, Motul Sniper Manual Tech Racing Team, 19:41:169s
  • Md Adenanta Putra, ASTRA HONDA Racing Team, 19:42:796s
  • Anggi Setiawan, YAMAHA Racing Team, 19:42:843s
Md Hafiza Rofa melepasi garisan penamat di tempat pertama - Underbone 150cc.
Md Hafiza Rofa melepasi garisan penamat di tempat pertama - Underbone 150cc.

Underbone 150cc Category – Top 5 Riders:

  • Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR Racing Team, 15:43:919s
  • Wahyu Aji Trilaksana, ONEXOX TKKR Racing Team, 15:44:011s
  • Gupita Kresna, 4S1M YAMAHA Racing Team, 15:44:050s
  • Ahmad Fazrul Sham, YAMALUBE GEN BLU AHM Motor Sports, 15:44:155s
  • Ahmad Afif Amran, Cardinals Racing Team Malaysia, 15:44:158s
Vorapong Malahuan - TVS Asia One Make Championship.
Vorapong Malahuan - TVS Asia One Make Championship.

TVS Asia One Make Championship – Top 5 Riders:

  • Vorapong Malahuan, Thailand, 15:00:135s
  • Decky Tiarno Aldy, Indonesia, 15:00:224s
  • Varis Felix Fleming, Australia, 15:05:605s
  • Kerwin Chang, Philippines, 15:05:619s
  • Muhammad Fitri Ashraf, Malaysia, 15:05:705s

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).