☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Jun 2022

Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series 2022 Akan Membuka Tirai Minggu Ini

Kejohanan FIM MiniGP Malaysia Series musim ke-3 akan membuka tirai perlumbaan Pusingan 1 pada 4 & 5 Jun 2022 bertempat di Litar Kart Antarabangsa Sepang. Seramai 15 peserta dan 1 peserta simpanan akan bersaing untuk kejuaraan ini.

Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series adalah satu kejuaraan yang diiktiraf oleh FIM dan Dorna Sports S.L selaku penganjur MotoGP™ dimana ia adalah satu program Road to MotoGP™ dan disertai 16 negara dari seluruh dunia.

Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.
Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.

Peserta dari kategori FIM MiniGP Malaysia Series ini berumur dari 10 hingga 14 tahun dan mereka semua telah disaring dan dipilih semasa Sesi Pemilihan yang telah diadakan pada Februari 2022 lepas.

Dalam usaha untuk menggiatkan lagi usaha mencungkil bakat pelumba muda, satu kategori sokongan iaitu SIC Ohvale Junior Championship akan diadakan yang melibatkan para pelumba muda berusia dari 8 hingga 11 tahun.

MiniGP: 160cc, 4 lejang, 4 kelajuan.
MiniGP: 160cc, 4 lejang, 4 kelajuan.

Pihak MAM, SIC dan ZK Racing optimis bagi meneruskan kejuaraan ini yang telah diadakan untuk musim ke-3 dimana Juara untuk tahun 2020 iaitu Hakim Danish Ramlee telah mengorak langkah ke peringkat antarabangsa seperti Asia Talent Cup (2021/2022) dan European Talent Cup (2021/2022) serta telah beberapa kali menaiki podium untuk kedua-dua kejuaraan itu. Ini menunjukkan kejuaraan ini mampu mencungkil dan melahirkan pelapis-pelapis muda untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

FIM MiniGP Malaysia Series akan memulakan perlumbaan pusingan 1 pada 4 dan 5 Jun 2022 ini. Tidak seperti tahun sebelumnya, saingan kali ini akan diadakan di luar kawasan Selangor yang akan menjadi satu pengalaman baru untuk para pelumba dan juga penganjur perlumbaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata,”Musim baru, semangat baru dan beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi meningkatkan lagi pembangunan sukan permotoran negara (2-roda) . Pejam celik, musim 2022 merupakan tahun ketiga program ini dianjurkan dan diharap akan terus berkembang maju di samping melahirkan pelumba pelapis yang bermutu tinggi. Kami juga amat berbangga pada tahun ini kerana dapat mencungkil pelumba cilik perempuan pertama iaitu Fatihah Balqis di dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship 110cc.

SIC Ohvale Junior Championship: 110cc, 4 lejang, 4 kelajuan.
SIC Ohvale Junior Championship: 110cc, 4 lejang, 4 kelajuan.

Untuk kejuaraan kali ini kita masih lagi mengekalkan suasana seperti sebelum ini. Tetapi dari segi perkembangan pelumba, kami akan cuba perbanyakkan latihan intensif dan tahun ini juga saya sangat teruja kerana kejuaraan ini akan berlangsung diluar litar SIC dan ini adalah satu cabaran baru untuk kami menganjurkan serta cabaran untuk pelumba.

Dengan kesempatan dan kelebihan berlumba di litar berlainan, kami berharap dapat melahirkan pelumba cilik yang berkualiti untuk dibawa keperingkat antarabangsa dan seterusnya,” kata Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.