☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Jun 2022

Adi Putra Kecewakan Qabil Irfan di UNIMAP, Arau, Perlis

Pelumba muda, Adi Putra muncul juara di perlumbaan 1 dalam saingan Pusingan 2 Kejuaraan FIM MiniGP Series 2022 yang diadakan di Litar UNIMAP di Arau, Perlis. Sekali gus Adi telah menghampakan misi pendahulu kejuaraan Qabil Irfan dalam meneruskan penguasaan beliau di kejuaraan berprestij ini anjuran bersama Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing.

Perlumbaan 1.
Perlumbaan 1.

Qabil yang berusia 10 tahun dan merupakan juara keseluruhan SIC Ohvale 110cc Championship musim lepas telah mempamerkan persembahan yang cukup hebat selepas mendominasi kedua-dua pusingan pada aksi pembuka tirai di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang bulan lepas. Keyakinan tersebut diteruskan apabila Qabil berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan untuk memenangi 'Pole Position Award' yang diperkenalkan pada pusingan kali ini.

Qabil Irfan yang memulakan rentaknya dengan garang melakukan 'holeshot' pada perlumbaan 1 dan seterusnya membuka jurang yang agak luas untuk meninggalkan para pelumba lain. Namun, beliau telah terjatuh pada lap ke lapan sekali gus membuka peluang buat pelumba Adi Putra dan Akif Abdullah untuk mengambil alih sebagai pendahulu perlumbaan. Perlumbaan 1 dimenangi oleh Adi manakala tempat kedua menjadi milik Akif dan Shah Putra berada di tempat ketiga. Qabil Irfan yang bangkit meneruskan perlumbaan menamatkan cabarannya di kedudukan kelima.

Perlumbaan 2.
Perlumbaan 2.

Dalam Perlumbaan 2 menyaksikan semula kebangkitan Qabil Irfan yang diberi tentangan hebat oleh Adi. Tidak mahu melakukan kesilapan buat kali kedua, beliau bertindak mengatur strategi untuk megekalkan posisinya sebagai pendahulu perlumbaan. Qabil berjaya melepasi garisan penamat sebagai juara Perlumbaan 2 dengan catatan masa 15 minit 54.596s dan jarak 0.341s di hadapan Adi.

Selepas dua pusingan, Qabil masih berada di tangga teratas secara keseluruhan dengan mengumpul 86 mata. Tangga kedua adalah milik Adi dengan 78 mata dan Akif di tempat ketiga (66 mata). Dua pelumba terbaik akan dipilih pada hujung musim ini untuk mewakili negara dalam FIM MiniGP World Finals di Valencia pada bulan November 2022.

Dalam saingan SIC Ohvale 110cc Championship, Airel Marzuki yang memenangi Pole Position Award berjaya mendominasi kedua-dua perlumbaan. Manakala Qayyim Razin dan Aqil Ramadhan masing-masing menamatkan cabaran di tempat kedua dan ketiga di Perlumbaan 1. Airel kemudian mencatatkan kemenangan selesa pada Perlumbaan 2 dengan catatan masa 13 minit 28.080s dan 5.147s di hadapan Adil. Qayyim pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Pusingan 3 akan diadakan di Litar Go-Kart UUM di Sintok, Kedah pada 23hb dan 24hb Julai diikuti Pusingan 4 di Litar Tangkak, Johor pada 24hb dan 25hb September. Pusingan 5 atau akhir akan kembali semula di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang, Selangor pada 15hb dan 16hb Oktober 2022. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.