☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Jun 2022

Pecco Jatuh Lagi....Fabio Quartararo Makin Kukuh Di Tangga Teratas

Francesco Bagnaia (Pecco) sekali lagi bernasib malang apabila terbabas ke luar litar ketika bersaing pada perlumbaan pusingan ke-10 MotoGP yang berlangsung di Litar Sachsenring baru-baru ini. Kemalangan tersebut juga menyebabkan anak didik lagenda MotoGP, Valentino Rossi bakal berdepan dengan kesukaran dalam usahanya untuk bergelar juara dunia.

Pecco '63' cuba mengasak Fabio Quartararo ketika perlumbaan baru dimulakan.
Pecco '63' cuba mengasak Fabio Quartararo ketika perlumbaan baru dimulakan.
Pecco terbabas ketika cuba mengatasi lawannya.
Pecco terbabas ketika cuba mengatasi lawannya.

Mengapa? Ini kerana Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP selaku juara bertahan sedang mendahului carta keseluruhan dengan 172 mata sedangkan Pecco semakin tertinggal di tangga keenam dengan 81 mata.

Dalam saingan pada Ahad lalu, Quartararo bermula cemerlang untuk mendapatkan holeshot. Pecco yang bermula di petak utama mengekori dengan rapat dan di belakangnya Johann Zarco, Jack Miller, Maverick Vinales serta Jorge Martin hanya menunggu peluang untuk memintas.

Tunggangan yang cukup bertenaga dipamerkan oleh Johann Zarco untuk menang tempat kedua.
Tunggangan yang cukup bertenaga dipamerkan oleh Johann Zarco untuk menang tempat kedua.
Pertarungan sengit di antara Aleix Espargaro '41' & Jack Miller.
Pertarungan sengit di antara Aleix Espargaro '41' & Jack Miller.

Ketika sedang mencari ruang untuk menyerang, jentera Pecco melayang ke luar litar dan menghancurkan harapannya untuk mengutip mata. Turut kurang bernasib baik pada lap yang sama ialah Joan Mir.

Para pemenang Litar Sachsenring. Dari kiri: Zarco, Quartararo & Miller.
Para pemenang Litar Sachsenring. Dari kiri: Zarco, Quartararo & Miller.

Quartararo yang mencatatkan masa terpantas terus membuka jarak di hadapan dan semakin selesa. Zarco yang berada di tempat kedua pula turut cemerlang tanpa tekanan daripada duo pasukan Aprilia Racing, Espargaro dan Vinales. Sejak bersama pasukan Aprilia, ini adalah kedudukan terbaik buat Vinales yang sememangnya sudah diimpikan oleh pelumba dari Sepanyol itu. Sungguh menyedihkan apabila jentera Vinales mengalami masalah teknikal yang memaksanya bersara lebih awal.

Apabila saingan berbaki 10 lap, pertarungan untuk kedudukan podium di antara Espargaro dan Miller semakin sengit. Kedua-dua jentera Itali itu memiliki kekuatan tenaga yang nampak sama. Usaha Miller akhirnya berhasil pada tiga lap terakhir yang telah memberikannya 16 mata penting.

Miguel Oliveira menamatkan saingan di tempat kesembilan.
Miguel Oliveira menamatkan saingan di tempat kesembilan.
Joan Mir gagal menamatkan perlumbaan di Litar Sachsenring.
Joan Mir gagal menamatkan perlumbaan di Litar Sachsenring.
Dua mata untuk Andrea Dovizioso untuk pusingan kali ini.
Dua mata untuk Andrea Dovizioso untuk pusingan kali ini.

Fabio Quartararo meraih 25 mata sekalu juara diikuti oleh Johann Zarco di tempat kedua dan Jack Miller, ketiga. Tidak jauh di belakang ialah Aleix Espargaro, Luca Marini dan Jorge Martin. RR

Kedudukan Keseluruhan MotoGP 2022

  • Fabio Quartararo 172 mata
  • Aleix Espargaro   138 mata
  • Johann Zarco       111 mata
  • Ena Bastianini      100 mata
  • Brad Binder            82 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.