Isu Terkini

Februari 2024

Dari Litar / 10 September 2015

SBK eni FIM World Championship Pirelli Sepang 2015 Malaysia Round : Takhta Juara Keseluruhan Hampir Milik Rea Di Sepang!

Pendahulu kejuaraan, Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team) sudah terlalu hampir untuk muncul juara keseluruhan pada persaingan pusingan ke-10 WSBK yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 2 Ogos lalu. Bayangan kejayaan ini mulai dilihat apabila Rea muncul juara dalam perlumbaan 1 tetapi Rea terlebih dahulu perlu mengharungi persaingan selama 16 lap yang cukup mendebarkan kerana ia benar-benar sengit.

Jonathan Rea menang di tempat pertama  dalam Perlumbaan 1 & tempat kedua di  Perlumbaan 2, litar Sepang
Jonathan Rea menang di tempat pertama dalam Perlumbaan 1 & tempat kedua di Perlumbaan 2, litar Sepang

Dalam Perlumbaan 1, Tom Sykes (Kawasaki Racing Team) yang berada di petak pertama berjaya melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan diikuti rapat oleh beberapa pelumba hebat lain seperti Chaz Davies, Max Biaggi dan Slyvain Guintoli. Skyes pastinya tersentak apabila Davies bersama jentera Ducatinya berjaya membuat pintasan tidak lama selepas itu. Sykes yang cukup bersemangat untuk mendapatkan podium membuat serangan demi serangan yang akhirnya membuahkan hasil.

Perlumbaan 1 dari kiri: Chaz Davies, Jonathan Rea & Max Biaggi.
Perlumbaan 1 dari kiri: Chaz Davies, Jonathan Rea & Max Biaggi.

Selepas memintas, Tom Sykes memecut dengan pantasnya meninggalkan Davies dan Rea bergelut sesama sendiri di belakang manakala pelumba wild card negara, Max Biaggi memecut berseorangan di tempat keempat. Akibat terlalu mencuba menjadi juara di Malaysia, Tom Sykes telah ‘mengorbankan’ keadaan tayarnya menjadi semakin nipis dan semakin nipis menyebabkan rentak terganggu. Kesempatan ini diambil sebaik-baiknya oleh Davies dan Rea untuk mengejar seterusnya membuat pintasan ketika persaingan hanya tinggal empat lap sahaja lagi.

Gadis jelita  menyerikan  litar Sepang
Gadis jelita menyerikan litar Sepang

Keupayaan jentera Ducati dan Kawasaki dilihat sama hebat cuma semangat sahaja mampu memisahkan antara Davies dan Rea. Perebutan tempat pertama ini cukup sengit dan berlanjutan hingga ke selekoh terakhir. Rea muncul sebagai juara diikuti oleh Davies dan paling membanggakan apabila pelumba veteran, Max Biaggi masih mampu menewaskan para pelumba lain untuk meraih tempat ketiga. Ini juga merupakan detik bersejarah buatnya dengan melakarkan kejayaan podium buat kali ke-71 dalam kariernya.

Randy De Puniet & Alex Lowes dari pasukan  Voltcom Crescent Suzuki di sesi autograf.
Randy De Puniet & Alex Lowes dari pasukan Voltcom Crescent Suzuki di sesi autograf.
Motosikal & gadis-gadis Yamaha menarik perhatian ramai
Motosikal & gadis-gadis Yamaha menarik perhatian ramai

Perlumbaan 2 bermula lebih sengit apabila Biaggi cuba mencelah para pelumba lain untuk tiba terlebih dahulu di selekoh pertama tetapi sayangnya telah berlaku sentuhan menyebabkan Biaggi terbabas. Selepas menjuarai perlumbaan 1, Jonathan Rea ternyata mampu muncul juara keseluruhan dengan syarat: 1. Dia muncul juara, Tom Sykes tidak tamat di antara tiga pelumba teratas. 2. Dia di tempat kedua, Sykes tidak berada di tujuh terbaik dan Davies tidak jadi juara. 3. Dia di tempat ketiga, Sykes tidak berada di 10 terbaik dan Davies tidak berada di podium. 4. Dia di tempat keempat, Sykes tidak berada di 14 terbaik dan Davies di tempat kelima atau lebih dari tempat yang ke-5. Dia tamat di tempat kelima, Sykes tidak menamatkan perlumbaan manakala Davies di tempat keenam.

Chaz Davies  menang  Perlumbaan 2.
Chaz Davies menang Perlumbaan 2.

Para penonton yang hadir cukup terhibur apabila persaingan kedua ini lebih menarik kerana tiga jentera iaitu Kawasaki (Rea), Ducati (Davies) dan Aprilia (Torres) cuba menewaskan antara satu sama lain. Selepas mendapat rentak yang sempurna, Davies memerah pendikitnya untuk melarikan diri, dia berjaya! Pergelutan antara Rea dan Torres pula akhirnya memihak kepada pelumba Kawasaki yang lebih cekap meratah 15 buah selekoh di litar yang sepanjang 5.543km itu. Rea semakin lama semakin laju mengejar pelumba di hadapannya tambahan pula rakan sepasukannya terbabas ketika cuba mengejar kelompok hadapan.

Khemah pameran Kawasaki  antara yang terbesar.
Khemah pameran Kawasaki antara yang terbesar.
Ducati melancarkan  Panigale 899 terbaru  dengan warna khas  sempena SBK
Ducati melancarkan Panigale 899 terbaru dengan warna khas sempena SBK

Tepukan dan sorakan para penonton kuat kedengaran apabila Rea berjaya berada betul-betul di belakang Davies. Dari ketinggalan hampir tiga saat di belakang, Rea akhirnya berjaya mendapat ruang untuk memintas di selekoh akhir sehinggakan berlakunya sentuhan antara jenteranya dengan Ducati milik Davies. Davies cukup mantap mengekalkan posisinya untuk melintasi garisan penamat sebagai juara perlumbaan 2 manakala Rea terpaksa menunggu pusingan seterus untuk mencari kemenangan mutlak.

Max Biaggi (pelumba  wildcard negara)  masih berbisa  dengan memenangi  tempat ketiga dalam  Perlumbaan 1

Supersport

Pelumba dari Amerika Syarikat, PJ Jacobsen berjaya mendapat keserasian dengan litar Sepang seawal mungkin. Pada sessi ujian masa, Jacobsen yang baru berumur 22 tahun telah mencatatkan masa 2’08.244 saat untuk merebut petak pertama diikuti pendahulu carta mata, Kenan Sofuoglu (Kawasaki) dan pelumba pasukan MV Agusta, Jules Cluzel.

Bergambar  kenangan  bersama  Kawasaki  Racing Team.
Bergambar kenangan bersama Kawasaki Racing Team.

Sofuoglu yang bermula dengan tepat meluru di hadapan terlalu pantas menyebabkan dia hampir hilang kawalan. Ketinggalan di posisi ketujuh menyebabkan pelumba Turki ini merentap jentera Kawasaki ZX6R ke tahap maksimum. Dia akhirnya berjaya merapati kelompok hadapan yang diketuai oleh Jacobsen dan Cluzel.

Bike Parade yang diketuai  oleh konvoi Kawasaki.
Bike Parade yang diketuai oleh konvoi Kawasaki.

Sofuoglu yang sibuk mengejar akhirnya terpaksa ‘melayan’ kerenah seorang lagi jaguh MV Agusta iaitu Lorenzo Zanetti yang cukup lincah mencari ruang.

Jacobsen yang sebelum ini menjuarai pusingan di Thailand tempohari cukup tenang mengawal segala tekanan Cluzel seterusnya menerima kibaran bendera penamat di tempat kedua diikuti Cluzel manakala Zanetti yang berjaya menewaskan Sofuoglu melengkapkan kedudukan pasukan MV Agusta Reparto Corse di podium. Dengan keupayaan pasukan MV Agusta di tempat kedua, jarak mata di antara Cluzel dan Sofuoglu kini semakin rapat – hanya 13 mata membezakan mereka berdua.

Perlumbaan WSBK ini juga disertai oleh para pengeluar motosikal yang bersama-sama turun mempromosikan model masing-masing. Yamaha menampilkan hampir keseluruhan model yang dipasarkan dari skuter hinggalah ke jentera berkuasa tinggi. Kita dapat melihat mesin-mesin seperti MT-09, XJ6 Diversion dan R25 dipamerkan dengan susun atur yang cukup menarik.

Manakala Suzuki Assemblers Malaysia SB memilih tarikh ini untuk melancarkan dua mesin terbaru serta menganjurkan sesi autograph bersama pelumba Suzuki iaitu Randy De Puniet dan Alex Lowes.

Suzuki mempamerkan  & melancarkan model  baru berkuasa tinggi
Suzuki mempamerkan & melancarkan model baru berkuasa tinggi

Ingin kelihatan segak dan hebat seperti Tom Cruise? Itulah tarikan utama di tapak promosi BMW. Terdapat sebuah S1000RR baru yang diletakkan pada sudut miringan cukup menarik berlatar belakangkan aksi dalam filem terbaru Mission Impossible yang menjadi pilihan para pengunjung untuk bergambar kenangan. Selain itu hadirin turut dapat menaiki jentera-jentera hebat BMW yang turut dipamerkan.

Teknologi canggih menggamit para  pengunjung ke khemah promosi BMW
Teknologi canggih menggamit para pengunjung ke khemah promosi BMW
Ghost Rider ‘berwheelie’  di khemah pameran  MODENAS
Ghost Rider ‘berwheelie’ di khemah pameran MODENAS
Model prototype  Modenas, TTR200.
Model prototype Modenas, TTR200.

Pastinya model-model baru seperti H2R, H2, Versys 650 dan Vulcan S menjadi tarikan utama para pengunjung untuk hadir di tapak promosi Kawasaki. Di sebelah malam pula, beberapa peminat dan pihak media turut diberi kesempatan untuk beramah mesra bersama para pelumba Kawasaki iaitu Jonathan Rea dan Tom Sykes.

Peminat beraksi ala  Tom Cruise dengan  model terbaru  BMW S 1000RR
Peminat beraksi ala Tom Cruise dengan model terbaru BMW S 1000RR

Aprilia juga tidak ketinggalan. Kehadiran dua pelumba mereka iaitu Leon Haslam dan Jordi Torres melancarkan dua jentera terbaru memeriahkan lagi ruang promosi. Ducati pula melancarkan rekacorak khas model 899 sempena WSBK yang memang cukup garang.

Kategori WSS Dari kiri: Jules Cluzel,  Jacobsen & Lorenzo Zannet
Kategori WSS Dari kiri: Jules Cluzel, Jacobsen & Lorenzo Zannet

Tapak promosi Modenas meriah dan gamat dengan sorakan para pengunjung yang ingin mencuba aksi berwheelie menerusi mesin khas yang telah disediakan, manakala GIVI menawarkan produk-produk terkininya seperti kotak barang, pakaian tunggangan, kasut dan bermacam jenis beg yang sangat sesuai untuk mereka yang bermotor. RR

Oleh: Khairil Azuan

Foto: Firdaus

Jacobsen (99) & Jules Cluzel (16)  bersaing hebat dalam kategori Supersport.

Isu Pada

September 2015

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

GP Perancis: Giliran Jorge Martin Loncat Gembira!

Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 2): Podium Kedua Buat Hakim Danish!

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Akid Raih Kemenangan Kedua Musim Ini

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R Versi Jalanan Sah Masuki Pasaran

Berita 'sah'nya kehadiran model KTM 990 RC R versi jalanan pastinya memberi senyuman dan keterujaan buat para peminat jentera sportbike.

Dari Litar

Akid Raih Kemenangan Kedua Musim Ini

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Akid Aziz meraih tempat pertama di litar Tangkak.

Model Baru

Lambretta Kembali Ke Pasaran Malaysia. Bakal lancarkan model X250 dan G350 tidak lama lagi...

Lambretta telah mengumumkan kehadirannya secara rasmi di Malaysia. Sebagai ikon yang menggabungkan keanggunan klasik Itali dengan tema moden-retro yang bergaya, rangkaian skuter Lambretta menawarkan stail yang berkekalan sepanjang zaman.

Dari Litar

Hafizh Syahrin Berikan Kemenangan Buat Pasukan JDT Racing

Hafizh Syahrin dari pasukan JDT Racing tampil dengan kemenangan sulungnya selepas menewaskan para pencabarnya di litar Zhuhai, China.