☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 31 Julai 2022

Kasma Daniel Menang Dalam Perlumbaan Pembuka Tirai MSBK 2022

Pelumba pasukan Yamaha GEN BLU Racing Team, Kasma Daniel Kasmayuddin meraih kemenangan pertama dalam perlumbaan pembuka tirai di Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) musim ini bagi kelas MSBK1000 A yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

Beliau yang memperolehi masa terpantas dalam sesi latihan bebas pada Jumaat lalu turut memulakan perlumbaan dengan cukup baik apabila mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan untuk menempah petak pertama dalam perlumbaan 1 akhir.

MSBK1000 A
MSBK1000 A

Dalam perlumbaan 10 pusingan itu, Kasma mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga dengan meninggalkan pencabar-pencabarnya di belakang. Beliau berjaya melepasi garisan penamat dengan catatan masa 21'31:844s.

“Walaupun saya gembira dengan kemenangan ini, namun saya mempunyai cabaran yang lebih besar iaitu Kejuaraan FIM Asia Road Racing yang bakal berlangsung di Sugo. Pelumbaan ini sebagai platform latihan saya untuk meningkatkan lagi prestasi saya dalam perlumbaan Asia akan datang,” kata Kasma.

Kasma Daniel, MSBK1000 A.
Kasma Daniel, MSBK1000 A.

“Dalam perlumbaan ini juga, saya dapat mengenal pasti persediaan yang sesuai untuk jentera serta meningkatkan lagi prestasi tunggangan saya. Sudah pasti pencapaian ini akan meningkatkan lagi keyakinan saya untuk menghadapi cabaran berikutnya”, tambah beliau.

Dalam pelumbaan kelas MSBK1000 A ini juga memperlihatkan pelumba pasukan Horizon Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan cabarannya di tempat kedua dengan catatan 21'31:844s. Manakala tepat ketiga menjadi milik Ahmad Daniel Haiqal (22'03:443s).

Sementara itu dalam aksi Kelas MSBK1000 B menyaksikan Khoo Chee Yen dari pasukan MOBILUB Suzuki Racing Team muncul juara dengan catatan masa 22'03:443s. Tempat kedua dimenangi oleh Muhd Syukri Mat Zoki (ESRA Racing Team) dan Raja Nazeem Iskandar di tangga ketiga.

Khairul Idham Pawi
Khairul Idham Pawi

Saingan kelas MSBK600 dimenangi oleh pelumba dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team, Khairul Idham Pawi selepas melepasi garisan penamat dengan cukup bergaya. Manakala rakan sepasukannya, Azroy Hakeem Anuar menempah tempat di tangga kedua dan Mohd Ibrahim Mohd Norrodin dari pasukan SIC Racing bejaya menamatkan cabarannya di tempat ketiga.

MSBK250 A
MSBK250 A

Kelas MSBK250 A, Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli dari pasukan SIC Racing bejaya mendapatkan podium di tangga teratas diikuti Farres Putra Mohd Fadhill di tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Emir Idzhar Ezuan.

Bagi kelas MSBK250 B didominasi oleh Muhammad Fauzi Hasan selaku juara. Tempat kedua dimenangi oleh Ahmad Fariz Zafri dan Muhd Nur Haikal di tangga ketiga.

Untuk musim ini, MSBK juga turut memperkenalkan kelas baru iaitu Yamalube Yamaha Y16ZR MasterClass yang dijuarai oleh Muhd Adie Putra Sukarno dari pasukan TME Motorsports. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.