☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Ogos 2022

Damok Dapat Tiket 'Wild Card' Moto3 di Sepang!

Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman yang lebih popular dengan gelaran Damok telah dipilih sebagai pelumba 'wild card' negara yang akan beraksi pada perlumbaan Grand Prix Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober 2022.

Berita gembira itu telah diumumkan oleh Ketua Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif di majlis pelancaran Petronas GP Malaysia semalam.

Ketua Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif 'kiri' dan Damok di sesi sidang media semalam.
Ketua Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif 'kiri' dan Damok di sesi sidang media semalam.
Kemunculan Damok di majlis pelancaran GP Malaysia menerima tepukan gemuruh.
Kemunculan Damok di majlis pelancaran GP Malaysia menerima tepukan gemuruh.

Menurut En. Azhan, Damok mempunyai pengalaman mengendalikan jentera Moto3 dan adalah pelumba paling layak untuk menerima tiket 'wild card' ini. “Saya berharap agar Damok dapat menyahut cabaran ini untuk berada di antara kelompok paling hadapan dan jika mampu, 10 pelumba terbaik.”

Damok sememangnya mempunyai rekod yang baik. Dalam saingan JuniorGP, dia telah pun meraih tempat di podium (naib juara) sebanyak tiga kali dan untuk saingan di SIC nanti, ia akan menjadi medan pertarungan kelima buat Damok sebagai pelumba 'wild card'.

Damok akan beraksi bersama pasukan VisionTrack Racing dan pastinya akan menjadi tarikan utama buat para pencinta sukan permotoran tempatan khususnya MotoGP untuk hadir ke SIC untuk memberi sokongan kepada pelumba negara.

“Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya akan membuktikan keupayaan saya kepada semua para peminat MotoGP di seluruh negara. Saya kini sedang menumpukan perhatian dalam JuniorGP dan selepas itu akan memberi tumpunan sepenuhnya pada saingan Moto3 pada GP Malaysia nanti,” komen Damok. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.