Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Mei 2022

Jonathan Rea & Alvaro Bautista Sama Hebat

Perlumbaan WorldSBK telah kembali! Pada perlumbaan pembukaan tirai musim ini, kita selaku warga Malaysia sudah pasti agak teruja dengan kemunculan Hafizh Syahrin yang beraksi dalam kelas prima bersama pasukan MIE Racing Honda.

Kira-kira dua minggu sebelum perlumbaan bermula, Hafizh telah diberi peluang untuk menguji jentera barunya itu dan ternyata dia semakin selesa setiap kali turun ke litar. Dengan adanya krew yang cukup berpengalaman, segala info dan maklum balas dari Hafizh digunakan sebaik-baiknya untuk mendapatkan talaan yang mantap. Dalam saingan sulungnya di WorldSBK, Hafizh menamatkan saingan Perlumbaan 1 di tempat ke-21 (bermula di petak ke-23) manakala dalam saingan kedua, Hafizh naik satu tangga iaitu di tempat ke-20. Didoakan agar dia terus bersemangat... baru 1st round!

Hafizh Syahrin '35' bersemangat untuk meraih kedudukan lebih baik di setiap pusingan.
Hafizh Syahrin '35' bersemangat untuk meraih kedudukan lebih baik di setiap pusingan.

Okay, saingan kali ini tertumpu kepada tiga nama utama iaitu Toprak Razgatlioglu, Alvaro Bautista dan Jonathan Rea. Sebagai juara bertahan, Toprak harus bersedia untuk menerima tentangan hebat daripada Rea khususnya dan tidak juga wajar memandang rendah pada keupayaan Bautista.

Perlumbaan 1 bermula dalam situasi yang cukup mencabar. Seperti yang dijangka, barisan pertama diungguli oleh Toprak, Rea dan Bautista. Bautista dapat lakukan holeshot tetapi segera dipintas oleh Toprak di Selekoh 1. Ketika cuba untuk mengawal perlumbaan, Juara 2021 itu diterkam oleh Rea dari dalam untuk merebut kedudukan paling depan.

Dari kiri: Toprak, Bautista & Rea bergambar kenangan bersama para penonton.
Dari kiri: Toprak, Bautista & Rea bergambar kenangan bersama para penonton.
Jonathan Rea cemerlang dalam kedua-dua perlumbaan.
Jonathan Rea cemerlang dalam kedua-dua perlumbaan.

Pada Lap 5, Bautista mula mengorak langkah untuk memintas Toprak dan Rea. Maka dari saat itu bermulalah episod 'potong-memotong' di antara ketiga-tiga pelumba itu sehinggalah pada lap ke-10, Toprak mula ketinggalan. Pertarungan di antara Rea dan Bautista semakin sengit. Rea lebih mantap dengan serangan di selekoh manakala kekuatan jentera Bautista di laluan lurus memang cukup mengagumkan.

Pertarungan epik ini berlanjutan hinggalah ke lap terakhir. Rea yang berada di depan dipintas ketika bersaing di laluan lurus tetapi kembali merampas kedudukan di dua selekoh terakhir untuk meraih juara dengan perbezaan masa hanya 0.090 saat. Tempat ketiga hingga lima dimenangi oleh Toprak Razgatlioglu, Michael Ruben Rinaldi dan Andrea Locatelli.

Juara WorldSBK 2021 - Toprak Razgatlioglu cekal mempertahankan takhtanya.
Juara WorldSBK 2021 - Toprak Razgatlioglu cekal mempertahankan takhtanya.
Pertarungan sengit merebut P7 di antara Loris Baz '76' dan Eugene Laverty.
Pertarungan sengit merebut P7 di antara Loris Baz '76' dan Eugene Laverty.

Skrip perlumbaan 2 juga tidak jauh berbeza. Tiga pelumba yang sama cukup sukar ditentang cuma kali ini kelompok depan disertai oleh Rinaldi yang beberapa kali juga membuat kejutan cuba mengejar dan memintas Toprak.

Selepas tewas dalam saingan pertama, Bautista mempamerkan tunggangan sempurna untuk memimpin perlumbaan. Rea yang bergelut dengan Rinaldi dan Toprak terpaksa berpuas hati di tempat kedua, ketinggalan lima saat di belakang.

Iker Lecuona '7' cuba menghalang Xavi Vierge '97' dan para pelumba lain.
Iker Lecuona '7' cuba menghalang Xavi Vierge '97' dan para pelumba lain.

“Keadaan trek berbeza kerana lebih panas. Saya perlu memahami had maksima jentera di bawah kondisi ini. Saya kekal konsisten dan berjaya meraih kemenangan. Saya cukup berpuas hati dan sayang jentera saya. Ia adalah cara terbaik untuk memulakan musim baru!” kata Bautista.

Lorenzo Baldassarri, Juara WorldSSP 1.
Lorenzo Baldassarri, Juara WorldSSP 1.

WorldSSP

Tahniah buat Dominique Aegerte dan Lorenzo Baldassarri di atas persembahan yang cukup hebat dalam kedua-dua perlumbaan 1 dan 2. Kedua-dua pelumba muda ini mempamerkan bukan sekadar semangat juang yang tinggi malah tahap pengendalian jentera yang luar biasa. Tidak kurang hebatnya ialah pemenang tempat ketiga Perlumbaan 1 iaitu Can Oncu yang juga sama hebat!

Seperti saingan kelas prima, WorldSSP kali ini diungguli juga oleh tiga orang pelumba iaitu Aegerter, Baldassarri dan Oncu. Hanya siapa lebih cepat mencari peluang, dia layak menang dan itulah yang diburu oleh ketiga-tiga pelumba itu. Sayangnya Oncu tidak dapat menghabiskan saingan pada Perlumbaan 2.

Para pemenang WorldSSP 2. Dari kiri: Baldassarri, Aegerter & Bulega.
Para pemenang WorldSSP 2. Dari kiri: Baldassarri, Aegerter & Bulega.

Baldassarri menang saingan pertama manakala pertarungan kedua menjadi milik Aegerter. Oleh itu kedua-dua pelumba ini berkongsi sama mata (45 mata) dalam carta keseluruhan. Tangga ketiga dimiliki oleh Nicolo Bulega dengan 27 mata diikuti Glenn Van Straalen 26 mata.

Alvaro Diaz '41' mempamerkan tunggangan cemerlang untuk muncul juara WorldSSP 300.
Alvaro Diaz '41' mempamerkan tunggangan cemerlang untuk muncul juara WorldSSP 300.

WorldSSP 300

Saingan pembuka tirai untuk kategori ini sememangnya memberikan kita harapan dalam dunia perlumbaan dengan adanya lapisan para pelumba muda yang memiliki gaya tunggangan yang cukup cemerlang.

Pelumba Yamaha iaitu Alvaro Diaz dan Marc Garcia, kedua-duanya dari Sepanyol telah mempertontonkan perebutan takhta juara yang cukup sengit. Garcia muncul juara dalam saingan awal, menewaskan Diaz di tempat kedua dengan perbezaan masa empat saat.

Para pemenang WorldSSP 300 bersama piala masing-masing.
Para pemenang WorldSSP 300 bersama piala masing-masing.

Dalam Perlumbaan 2, Diaz mengemaskan tunggangan untuk memberi saingan seterusnya meranapkan hasrat Garcia untuk mencipta kemenangan berganda. Diaz menerima kibaran bendera penamat sebagai juara diikuti Garcia, 3 saat di belakang. Tangga podium ketiga dimenangi oleh wakil Jerman iaitu Lennox Lehmann.

Dalam kategori ini hanya tiga jenama motosikal sahaja yang bertarung iaitu Yamaha (9 buah), Kawasaki (9 buah) dan sebuah KTM. Diharap agar pengeluar-pengeluar lain seperti Honda dan Suzuki dapat mempromosikan jentera berkuasa sederhana mereka menerusi kategori ini. RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo

Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .