☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Jun 2022

Toprak & Rea Berlanggar, Bautista Yang Untung

Tidak disangka-sangka, Alvaro Bautista kini berada di tangga paling atas dalam carta keseluruhan selepas dua pencabar terdekatnya Jonathan Rea dan Toprak Razgatlioglu terlibat dalam insiden ketika cuba mengatasi satu sama lain.

Kita mulakan dengan Perlumbaan 1 yang membuktikan keupayaan Jonathan Rea menewaskan para pencabar terdekatnya untuk menjulang piala kemenangan di saingan WorldSBK Pusingan 2. Dalam perlumbaan tersebut, Rea seakan-akan berada di kelasnya tersendiri kerana hampir gagal dicabar oleh para pelumba lain. Kejayaan itu juga agak istimewa kerana ia merupakan kemenangan ke-16 buat pelumba Great Britain di litar yang sama.

Dari kiri: Locatelli, Bautista & Lecuona meraih kemenangan dalam Perlumbaan 2.
Dari kiri: Locatelli, Bautista & Lecuona meraih kemenangan dalam Perlumbaan 2.

Selepas meraih keputusan yang cukup padu pada Perlumbaan 1, Rea lebih bersedia dan fokus untuk saingan kedua. Seperti biasa, dia terpaksa menerima tentangan hebat daripada Juara 2021, Razgatlioglu yang tidak rela melepaskan Rea melarikan diri. Seorang lagi 'musuhnya', Alvaro Bautista mengejar tenang di belakang.

Bermula pada lap-6, Razgatlioglu mula mengasak dan sudah tidak sabar-sabar lagi memimpin perlumbaan. Razgat menyerang dan melebar tetapi berjaya kembali ke laluan. Rea cuba masuk dari dalam ketika tiba di Selekoh 1 lalu menyebabkan kedua-dua pelumba bersentuhan dan terbabas ke luar litar. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan!

Rea 'kiri' dan Razgatlioglu terbabas ketika salah seorang cuba menyerang dari dalam.
Rea 'kiri' dan Razgatlioglu terbabas ketika salah seorang cuba menyerang dari dalam.
Hafizh Syahrin '35' mula menunjukkan keserasiannya bersama jentera Honda.
Hafizh Syahrin '35' mula menunjukkan keserasiannya bersama jentera Honda.

Rea: “ Saya cuma agak kecewa. Ketika tiba di selekoh 1, dia membrek sekuat-kuatnya dan hampir menyebabkan jenteranya berhenti di tengah selekoh. Ketika itu, kelajuannya di dalam selekoh perlahan. Saya mengekalkan laluan dan terus mengerahkan tenaga jentera saya. Anda menjangkakan, terutamanya apabila anda tahu seseorang berada di sebelah anda, bahawa mereka akan berada di sana, dan dia memotong terus ke belakang. Saya faham ia adalah kemalangan perlumbaan tetapi pertarungan kali ini bagaikan telah 'dirampas',” kata Rea.

“Saya cuba membrek dengan keras dan sedikit melebar, tapi saya berjaya elakkan daripada terkeluar dari litar. Ketika dia baru sahaja merentapkan pendikitnya, kami terhempas. Saya terkejut kerana bertembung dengan Jonny, biasanya dia tidak melakukan kesilapan kerana dia adalah legenda WorldSBK," komen Toprak.

Jonathan Rea diapit oleh Bautista 'kiri' dan Razgatlioglu selepas memenangi saingan pertama.
Jonathan Rea diapit oleh Bautista 'kiri' dan Razgatlioglu selepas memenangi saingan pertama.
Scott Redding tamat di kedudukan lima terbaik.
Scott Redding tamat di kedudukan lima terbaik.

Baustista mengampil peluang yang terhidang untuk mencari kemenangan berharga. Makin lama makin jauh! Bautista berlumba seperti berseorangan, jaraknya dengan Andrea Locatelli (posisi kedua) terpisah sejauh 8.7s. Dengan kejayaan meraih kemenangan sebagai naib juara pada Perlumbaan 1 dan juara pada saingan kedua, Alvaro Bautista kini berada di tangga tertinggi saingan kelas prima dengan 109 mata. Tempat kedua menjadi milik Locatelli manakala Iker Lecuona di tangga ketiga dan keempat.

Keputusan yang dicapai oleh pelumba negara Hafizh Syahrin menunjukkan sedikit peningkatan. Kerja keras dan semangat kental yang ditunjukkan oleh pelumba muda ini wajar dipuji. Di saingan awal, Hafizh menamatkan saingannya di tempat ke-20 tetapi berjaya memperbaiki prestasi pada Perlumbaan 2 untuk berada di posisi ke-17.


Para pemenang WorldSSP P1. Dari kiri: Glenn Van Straalen, Dominique Aergerter & Nicolo Bulega.
Para pemenang WorldSSP P1. Dari kiri: Glenn Van Straalen, Dominique Aergerter & Nicolo Bulega.

WorldSSP

Dominique Aegerter (Ten Kate Racing Yamaha) mengulangi kejayaannya pada 2021 lalu dengan meraih kemenangan dalam kedua-dua perlumbaan di Assen. Dalam saingan awal, bendera merah telah dikibarkan ketika saingan hanya tinggal lima lap sahaja lagi dan keputusan perlumbaan diambil pada catatan masa terakhir. Aegerter meraih kemenangan ke atas Glenn Van Straalen hanya 0.081s untung memungut 25 mata.

Can Oncu berjaya menebus kekecewaan dalam Perlumbaan 2 untuk menang di tempat ketiga
Can Oncu berjaya menebus kekecewaan dalam Perlumbaan 2 untuk menang di tempat ketiga

Glenn berjaya mendapatkan podium pertamanya manakala tempat ketiga dan keempat telah dimenangi oleh Nicolo Bulega dan Jules Cluzel.

Perlumbaan 2 mencabar keupayaan Aegerter yang kehilangan masa di saat permulaan menyebabkan dia ketinggalan di tempat keempat. Tidak lama kemudian, Argerter semakin laju dan pada Lap 9, dia berjaya memintas Baldassarri di chicane dan terus memerah pendikit sehabis-habisnya untuk melarikan diri.

Dominique Aergerter cemerlang dalam kedua-dua perlumbaan.
Dominique Aergerter cemerlang dalam kedua-dua perlumbaan.

Ketika di penghujung saingan, Aergerter sudah pun berjaya membuka jurang 2.6s di depan untuk mencipta kemenangan berganda. “Hujung minggu yang sempurna! Kedudukan petak pertama, dua kali lap terpantas, dua kemenangan. Itu adalah kejayaan maksima yang saya dapat. Saya suka trek ini di Assen. Cuaca adalah sempurna, cuma berangin sedikit. Pasukan kami telah bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik di setiap keadaan.”

Kedudukan Mata Keseluruhan WorldSSP

  1. Dominique Aergerter - 95 mata
  2. LorenzoBaldassarri - 65 mata
  3. Nicolo Bulega - 56 mata
  4. Glenn Van Straalen - 46 mata
  5. Niki Tuuli - 40 mata
Pertarungan yang sangat sengit di antara Alvaro Diaz 'Yamaha YZF-R3' dan Hugo De Cancellis 'Kawasaki Ninja 400'.
Pertarungan yang sangat sengit di antara Alvaro Diaz 'Yamaha YZF-R3' dan Hugo De Cancellis 'Kawasaki Ninja 400'.

WorldSSP 300

Walaupun baru selesai Pusingan 2, kita sudah dapat mengagak betapa sengitnya saingan sekurang-sekurangnya di antara lima pelumba teratas yang berusaha gigih untuk bergelar juara. Antara yang benar-benar berpotensi ialah Alvaro Diaz, Marc Garcia, Victor Steeman, Lennox Lehmann dan Hugo De Cancellis.

Dalam saingan di Assen, Perlumbaan 1 diungguli oleh Victor Steeman yang mempamerkan tunggangan penuh bergaya untuk menewaskan Samuel Di Sora dalam pertarungan yang cukup sengit. Kedua-dua pelumba ini berjaya meninggalkan pemenang tempat ketiga, Mirko Gennai hampir sembilan saat di belakang.

Perlumbaan kedua pula sekali lagi berlangsung juga dengan sangat sengit tetapi kali ini di antara De Cancellis dan Alvaro Diaz. Kemenangan pertama De Cancellis ini dikecapinya selepas berjaya menggunakan slipstream sebaik sahaja kedua-dua pelumba keluar daripada chicane. Kemenangan ini juga rekod paling rapat di antara dua pelumba dengan perbezaan masa hanya 0.002s.

“Selepas bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya berjaya juga untuk meraih kemenangan buat kali pertama. Saya melakukan kesilapan di sesi Superpole menyebabkan saya terpaksa bermula di petak ke-19. Sasaran saya hanya untuk tamatkan saingan di antara lima terbaik tetapi lap akhir sangat mengujakan. Ya, saya cukup gembira,” komen Hugo De Cancellis. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.