☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2022

Kasma Dinobatkan Juara Keseluruhan MSBK 2022!

Pelumba pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team ASEAN, Kasma Daniel Kasmayudin dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejuaraan Superbike Malaysia musim ini dalam kelas MSBK1000 A selepas meraih kemenangan terakhir di pusingan penutup tirai yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Ia merupakan detik kemenangan yang cukup bermakna buat Kasma. Beliau telah memanfaatkan kelebihannya sepanjang musim ini dengan lapan podium dan empat kemenangan pada tahun ini.  Pada perlumbaan akhir, Kasma yang menggunakan jentera Yamaha YZF-R1 diberi tentangan sengit oleh pelumba dari pasukan Honda Asia-Dream Racing With Showa, Md Zaqhwan Zaidi yang menunggang Honda  CBR1000RR-R. Walaupun betul-betul berada dibelakangnya, kedudukan Kasma selaku pendahulu perlumbaan sukar untuk dirampas oleh Zahqwan.

Kasma berjaya melepesai garisan penamatan dengan catatan 23’35:922s. Kemenangan dalam perlumbaan 1 dan 2 di pusingan akhir musim ini memberi gelaran juara keseluruhan kepada Kasma dengan kutipan 180mata.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan di atas kepercayaan dan sokongan mereka kepada saya. Walaupun saya hampir terbabas di selekoh sembilan sebanyak dua kali akibat litar terasa sedikit licin, saya berjaya mengawal jentera ini untuk kekal dalam perlumbaan. Saya sangat gembira selepas berjaya mencapai kemenangan dan gelaran Juara Keseluruhan MSBK musim ini," kata Kasma Daniel.

Kedudukan kedua di perlumbaan 2 dimenangi oleh Zaqhwan Zaidi dengan catatan masa 23’41:072s dan tangga ketiga menjadi milik Takuya Tsuda dari pasukan MOBILUB SUZUKI RACING TEAM (24’58:128s).

Dalam kelas MSBK600, pelumba SIC Racing, Ibrahim Norrodin turut merangkul gelaran juara keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan 2 di tempat pertama. Pusingan kali ini merupakan pertarungan sengit di kalangan para pelumba MSBK600. Walaupun Ibrahim diekori rapat oleh Khairul Idham Pawi dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team, beliau tidak mudah untuk dikalahkan.

Pusingan demi pusingan jurang di antara Ibrahim dan KIP semakin jauh. Walaupun KIP cuba sedaya upaya merapatkan jurang, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas keduduka pertama. Ibrahim menamatkan perlumaan 2 dengan catatan masa 21’54:954s diikuti Khairul Idham Pawi di tangga kedua (22’04:331s) dan tempat ketiga dimenangi oleh Chang Chih Ying (23’23:380s).

Kelas MSBK250 A pula menjadi milik Irfan Haykal dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team selepas meraih kemenangan di perlumbaan 1 dan 2 di pusingan 3.

Muhd Adam Haikal Jahar dari pasukan BLH Racing meraih kemenangan dalam perlumbaan 2 Yamalube Yamaha Y16ZR Race MasterClass sekali gus menamatkan pusingan penutup tirai MSBK 2022. Kedudukan kedua dimenangi oleh Muhd Alif Danial Muhd Asri dari pasukan SENG HOE PERFORMANCE RACING dan tangga ketiga Ahmad Iqram Danish Ahmad (SINGDECA RACING). Walaupun gagal meraih sebarang kemenangan pada pusingan ini, Muhd Fareez Afeez tetap mendominasi carta keseluruhan kelas ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.