☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Oktober 2022

Alex Rins Gegar Litar Phillip Island

Saingan MotoGP kembali ke Phillip Island selepas 3 tahun! Ternyata 'nafas' baru ini memberikan semangat yang luar biasa untuk pihak penganjur, para pelumba, petugas dan para penonton yang begitu merindui 'pekikan' jentera dan aksi memukau pelumba-pelumba kegemaran mereka.

Francesco Bagnaia '63' memimpin perlumbaan dengan cukup bergaya.
Francesco Bagnaia '63' memimpin perlumbaan dengan cukup bergaya.

'Terima kasih' buat para pelumba terutamanya lima paling hadapan yang telah mempersembahkan pertarungan penuh dramatik di sepanjang perlumbaan dari awal hingga akhir. Tujuh pelumba melintasi garisan penamat dalam jangka masa satu saat atau lebih tepat, 0.884 saat dan ia merupakan antara pertarungan paling sengit untuk meraih 10 pelumba terbaik dalam sejarah MotoGP.

Alex rins '42' cuba mengekang kemaraan Marc Marquez dalam perebutan tempat pertama.
Alex rins '42' cuba mengekang kemaraan Marc Marquez dalam perebutan tempat pertama.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Alex Rins dengan kemenangannya.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Alex Rins dengan kemenangannya.

Seperti yang kita tahu, 2022 merupakan musim terakhir buat pasukan Suzuki dalam saingan MotoGP. Jaguh mereka, Alex Rins telah mengharumkan nama pasukannya apabila berjaya meraih kemenangan penuh emosi dengan menewaskan pencabar-pencabar utamanya seperti Francesco Bagnaia (Pecco), Marc Marquez, Marco Bezzecchi dan Enea Bastianini.

Sebelum itu, perlumbaan GP Australia bermula dengan cukup sengit. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk meraih mata tertinggi. Fabio Quartararo selaku juara bertahan berusaha gigih untuk memimpin perlumbaan tetapi sayangnya tindakan itu menyebabkan dia agak tertekan sehingga melebar. Walaupun cuba bangkit, Fabio terbabas pula dipertengahan saingan tanpa memungut sebarang mata.

Kemenangan podium kali ke-100 buat Marc Marquez.
Kemenangan podium kali ke-100 buat Marc Marquez.
Pertarungan sengit di antara para pelumba di hadapan.
Pertarungan sengit di antara para pelumba di hadapan.

Mampukan Fabio Quartararo mempertahankan takhtanya?

Pecco terus memburu kemenangan dengan tunggangan yang pantas. Walaupun mampu mencatatkan masa terpantas, tetapi bagaikan mustahil buat Pecco untuk 'melarikan' diri daripada 'bayang-bayang' di belakangnya. Perebutan pentas podium kali ini turut disertai oleh jaguh pasukan Repsol Honda, Marc Marquez yang kembali 'tangkas' seperti sebelum-sebelum ini.

Marc Marquez menerima serangan tanpa henti daripada para pencabarnya!
Marc Marquez menerima serangan tanpa henti daripada para pencabarnya!
Sementara itu, rakan sepasukan Rins, Joan Mir tamat di tempat ke-18.
Sementara itu, rakan sepasukan Rins, Joan Mir tamat di tempat ke-18.
Saat penuh bangga buat Jack Miller apabila selekoh empat Litar Phillip Island dengan rasminya dinamakan 'Miller Corner'.
Saat penuh bangga buat Jack Miller apabila selekoh empat Litar Phillip Island dengan rasminya dinamakan 'Miller Corner'.

Alex Rins memiliki kelebihan di beberapa selekoh yang digunakan sebaik-baiknya untuk mengatasi Bezzechi seterusnya Pecco yang ketika itu cuba membuka jarak. Rins kemudiannya berjaya mengatasi kepantasan Pecco dalam lap terakhir untuk bergelar juara.

Pmenang Rookie of the Year, Marco Bezzecchi,
Pmenang Rookie of the Year, Marco Bezzecchi,

Tempat kedua menjadi milik Marquez dan berjaya mencipta rekod podium kelas perdana untuk kali ke-100 dalam kariernya. Pecco tamat di tempat ketiga dan kini telah berada di tangga teratas keseluruhan dengan 233 mata (14 mata di hadapan Fabio). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).