Isu Terkini

Februari 2024

Dari Litar / 10 Jun 2019

Marquez Kembali Di Atas

Selepas gagal memungut sebarang mata di Litar Americas ekoran insiden di saat-saat akhir, pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez turun ke Jerez dengan semangat yang lebih membara. Berlumba di halaman sendiri juga memberinya peluang untuk menebus kekecewaan dan berharap untuk menang di tempat pertama.

Walaupun begitu, sesi ujian masa yang berlangsung pada hari Sabtu 4hb Mei lalu, memberikan kejutan buat semua pasukan bersaing termasuklah para pencinta sukan ini di seluruh dunia. Ia terbukti menjadi hari sempurna untuk pasukan PETRONAS Yamaha SRT yang baru tampil ke dalam persaingan buat kali keempat selepas kedua-dua pelumba mereka, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli mencatatkan masa terpantas untuk menempah petak paling depan.

Quartararo juga mencipta rekod baru sebagai pelumba termuda di posisi pole di usia 20 tahun dan 14 hari, memadam rekod Marc Marquez sebelum ini.

Dalam perlumbaan akhir, Marquez bermula dengan sempurna untuk berada di hadapan dan terus mengerahkan enjin RC213Vnya meninggalkan para pelumba lain. Antara pelumba yang dapat mengekori kepantasan Marquez ialah Quartararo, Morbidelli, Maverick Vinales dan Andrea Dovizioso. Bagi mengelakkan dirinya daripada diserang, Marquez meratah setiap selekoh litar Jerez dengan cukup kemas dan tangkas. Sedikit demi sedikit, dia sudah berjaya menjarakkan diri.

Pada lap ke-10, Morbidelli membuat sedikit kesilapan mengakibatkan jenteranya melebar. Ini membuka peluang untuk Quartararo mencelah dari dalam untuk berada di posisi kedua dan memudahkannya mengejar pelumba Honda di hadapannya yang berjarak 1.932s. Dalam lap sama, Rins yang pada mulanya berada jauh di belakang telah berjaya memintas ramai
pelumba untuk berada di tempat keempat.

Quartararo ternyata mempunyai rentak yang mampu untuk merapatkan diri tetapi impian anak muda ini untuk mencipta sejarah di litar Sepanyol musnah sekelip mata selepas jenteranya menghadapi masalah teknikal. Seluruh pasukan PETRONAS Yamaha SRT ternyata amat terkejut dan sedih dengan insiden tersebut. Bak kata Prinsipal Pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali, “Our fairy tale story came to an end today, but it was still a happy ending.”

Morbidelli yang cuba bertahan di tempat kedua terpaksa akur dengan kemantapan Rins dan Vinales yang ternyata lebih pantas. Rins yang menang di pusingan kedua tidak terlalu rakus untuk mengejar Marquez yang sudah jauh di depan sebaliknya hanya mengekalkan kedudukan agar tidak dipintas oleh Vinales dan Dovizioso yang sedang bertarung hebat di belakangnya.

Dovizioso yang kini dalam pencarian kedudukan terbaik keseluruhan cuba untuk berada di podium tetapi kestabilan jentera Yamaha M1 milik Vinales di selekohselekoh mematahkan setiap serangan yang dilakukan. Akhirnya Dovizioso tidak mahu mengambil risiko dan terpaksa berpuas hati di tempat keempat. Rins kembali ke podium di tempat kedua dan dengan kejayaan ini, pasukan Suzuki bersedia untuk memberi saingan dalam mengejar impian menjadi juara.

“Selepas apa yang berlaku di Americas, kami seluruh pasukan agak tertekan dan cuba mencari punca insiden tersebut. Apa pun dengan semangat yang tinggi, kami berjaya mengembalikan kemenangan dan ini amat penting. Hari ini memang sukar dan saya tidak membuang masa untuk memecut ke hadapan sebaik sahaja lampu merah dipadamkan. Terima kasih buat pasukan dan kini kami kembali di depan,” kata Marc Marquez yang kini berada di tangga teratas dengan 70 mata.

“Benar, gaya tunggangan saya banyak menyerupai para pelumba pada zaman 80an90an. Ketika membrek, saya selalu menegakkan badan dan kita boleh katakan ia adalah Unicorn Style. Apa pun, dengan gaya inilah saya berada di tangga kedua keseluruhan. Masih banyak lagi pusingan dan ia bukanlah satu tugas mudah tetapi saya bersedia melakukan apa sahaja untuk berada di depan,” kata Alex Rins.

Pelumba Lagenda, Valentino Rossi yang bermula di petak ke-13 terpaksa mengerahkan seluruh tenaganya untuk memberi cabaran para pelumba di hadapannya. Selepas berhempas pulas dengan penuh keazaman, Rossi berjaya melintasi garisan penamat di tempat keenam untuk mendapat mata penting agar terus kompetitif khususnya takhta juara keseluruhan. Selepas persaingan di Jerez, Marquez berada di tangga tertinggi dengan 70 mata tetapi diikuti rapat oleh Rins (69 mata), Andrea

Dovizioso (67 mata) dan di tangga keempat dengan 61 mata.       

Moto2

Pelumba Itali, Lorenzo Baldassarri mengukuhkan kedudukannya di carta mata keseluruhan selepas muncul juara untuk kali ketiga musim ini. Walaupun bermula di petak keenam, tunggangan penuh bertenaga yang dipamerkan olehnya membolehkan dia mencatat masa cukup pantas di setiap lap. Tahniah juga wajar diberikan buat Jorge Navarro yang turut cemerlang untuk menamatkan cabaran di tempat kedua hanya dengan perbezaan 0.359 saat.

Sayang buat pelumba negara, Khairul Idham Pawi yang terlibat dalam kemalangan ketika di sesi latihan bebas. Didoakan agar KIP cepat sembuh untuk terus mengharumkan nama negara.

Moto3

Tahniah buat Niccolo Antonelli yang berjaya menewaskan rakan sepasukannya Tatsuki Suzuki dengan jarak 0.242s sahaja. Turut sama berentap dalam perebutan tempat pertama di litar Jerez ialah pelumba dari Itali, Celestino Vietti yang tidak kurang hebatnya. Antonelli kini berada di tangga kedua Moto3 dengan 57 mata, satu mata sahaja di belakang Aron Canet yang tamat di tempat keempat.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing, John McPhee menamatkan cabarannya di tempat ke-12 untuk meraih empat mata manakala Ayumu Sasaki di tempat ke-15. Tahniah buat kedua-duanya dan teruslah berusaha! RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Artikel berkaitan

GP Perancis: Giliran Jorge Martin Loncat Gembira!

Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 2): Podium Kedua Buat Hakim Danish!

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Akid Raih Kemenangan Kedua Musim Ini

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM dalam kategori MSBK1000 A mendapatkan kemenangan kedua di pusingan satu MSBK 2024.

Warta Roda

Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini maut selepas motosikal ditunggang terbabit nahas dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semambu.

Dari Litar

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Saingan kali ini lebih 'syiok' apabila Pecco diberi tentangan sengit oleh Marc Marquez yang dilihat sudah semakin memahami karaktor jenteranya.

Model Baru

Harley-Davidson Tobacco Fade 'Enthusiast Collection'

Untuk tahun ini, satu lagi siri Edisi Terhad telah diperkenalkan oleh Harley-Davidson (H-D) iaitu Tobacco Fade Enthusiast Collection untuk tiga model iaitu H-D Low Rider ST, Ultra Limited dan Tri Glide Ultra.