☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Disember 2022

MotoGP: 1,106 Kemalangan dalam Musim 2022

Ketiga-tiga kelas di dalam Kejuaraan MotoGP mencatatkan 1,106 kemalangan sepanjang musim 2022, mengikut statistik ini telah didedahkan oleh MotoGP.com.

Kemalangan di kalangan pelumba profesional merupakan suatu lumrah karier mereka. Mereka sering mencari had jentera serta peribadi masing-masing di atas litar. Kemalangan-kemalangan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk kesilapan penunggang itu sendiri mahupun kerana kesilapan penunggang yang lain, atau masalah teknikal seperti tayar serta faktor cuaca.

Walaupun angka itu kelihatan besar, ia sebenarnya kurang daripada rekod musim 2017 yang mencatatkan 1,126 kes daripada 18 pusingan, berbanding dengan 20 pusingan pada musim ini.

Kelas Moto2-lah yang telah menyumbangkan jumlah kemalangan  yang tertinggi iaitu 428, diikuti oleh kelas Moto3 dengan jumlah 343, dan akhirnya MotoGP dengan 335 kes kemalangan. Sesi yang melihatkan paling banyak kemalangan merupakan ketika berlangsungnya perlumbaan berbanding dengan sesi-sesi latihan atau kelayakan (sila rujuk rajah di bawah).

Pelumba yang paling banyak mengalami kemalangan di antara ketiga-tiga kelas merupakan Darryn Binder yang beraksi bagi pasukan RNF Yamaha di dalam kelas MotoGP. Darryn yang merupakan adik kepada Brad Binder yang berlumba untuk pasukan pengilang KTM Factory Racing Team itu telah terjatuh sebanyak 27 kali. Sebagai perbandingan, juaran MotoGP 2022, Francesco "Pecco" Bagnaia hanya terjatuh sebanyak 5 kali sepanjang musim. Pelumba MotoGP yang paling kurang terjatuh pada 2022 merupakan Maverick Vinalez, dengan hanya 2 kali.

Litar Algarve di Portugal yang menyaksikan paling banyak kemalangan (105), diikuti oleh litar Le Mans di Perancis (85). Litar Antarabangsa Sepang telah meyumbangkan 65 kes dan berada di tempat ke 6. Litar yang dikira paling selamat ialah Termas de Rio Hondo di Argentina (34 kes).  RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.