Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Ogos 2022

Pecco Masih Semangat Mengejar

Sebelum saingan MotoGP berehat seketika sempena 'cuti musim panas', telah berlangsungnya perlumbaan yang telah membuka semula peluang buat Francesco Bagnaia (Pecco) untuk mencabar jaguh pasukan Yamaha, Fabio Quartararo untuk juara keseluruhan musim ini.

Pada perlumbaan pusingan 10, Francesco Bagnaia bagaikan hilang pedoman apabila gagal untuk memungut sebarang mata sedangkan Quartararo semakin kukuh di tangga teratas. Namun begitu segalanya berubah tidak lama kemudian. Pecco turun ke Litar Assen dengan lebih cemerlang untuk menempah petak paling hadapan. Petak kedua menjadi milik Fabio Quartararo manakala Jorge Martin di petak ketiga.

Pecco meluru pantas diekori rapat oleh Quartararo manakala Aleix Espargaro berjaya memintas Martin untuk merebut tempat ketiga. Espargaro antara pelumba musim ini yang benar-benar menyerlah dengan keputusan yang membanggakan.

Espargaro berjaya mengatasi Quartararo dan apabila cuba ditentang semula, Quartararo tersilap langkah dan terbabas. Jentera YZR M1 milik Quartararo terseret dan melanggar Espargaro tetapi kedua- dua pelumba tersebut dapat menyambung semula perlumbaan.

Memandangkan kedudukan yang semakin ketinggalan, Quartararo cuba memecut sepantas mungkin tetapi dia terbabas sekali lagi dan kali ini tidak mampu lagi meneruskan cabaran. Maka, kosong mata buat juara bertahan itu.

Perlanggarannya dengan Quartararo menyebabkan Espargaro terpaksa mengejar dari belakang. Semangat juang yang tinggi serta kemantapan prestasi jentera telah memberikan peluang untuk Espargaro memecut dengan penuh keyakinan. Dari tempat ke-15, dia telah berjaya memintas seorang demi seorang untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat keempat. Betul-betul hebat!

Pecco sudah agak selesa memimpin perlumbaan dengan kelebihan 1.3s manakala pertarungan untuk merebut tempat kedua agak sengit. Marco Bezzecchi mula merapatkan diri dan memberi tekanan kepada Brad Binder dan Jack Miller. Maverick Vinales juga memiliki rentak yang cukup mengagumkan pada saingan kali ini. Bagnaia melintasi garisan penamat sebagai juara diikuti pelumba muda iaitu Marco Bezzecchi dari pasukan Mooney VR46 Racing Team. Vinales akhirnya meraih kejayaan podium buat pertama kalinya sejak bersama Aprilia di tempat ketiga.

Moto2

Persaingan untuk juara keseluruhan Moto2 benar-benar sengit. Augusto Fernandez telah meraih kemenangan kedua berturut-turut, muncul di puncak untuk berkongsi mata dengan Celestino Vietti (Mooney VR46 Racing Team), yang terpaksa berpuas hati menduduki tempat keempat di Litar Assen.

Saingan awal mendapati Dixon terlebih dahulu memimpin perlumbaan tetapi diberi tentangan hebat oleh para pelumba lain hampir di sepanjang saingan. Antara pencabar yang ingin merampas kedudukan Dixon ialah Albert Arenas, Fernandez. Alonso Lopez dan Marcel Schrötter.

Tahniah juga diucapkan buat pelumba pasukan Idemitsu Honda Team Asia iaitu Ai Ogura yang mempamerkan kehandalan untuk memecut dari kedudukan ke-16 hingga meraih podium di posisi kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh Jake Dixon yang gagal menggunakan peluang bermula di petak pertama.

"Ia adalah perlumbaan yang sangat sukar, saya sangat menikmatinya. Pada mulanya, cukup sukar untuk memintas mereka jadi saya memutuskan untuk kekal dalam kumpulan dan tunggu saat saya tiba. Akhirnya, saya berjaya memotong seorang demi seorang. Saya buat silap pada lap pertama dan terdapat sedikit angin di sektor 4 yang boleh menyebabkan saya melakukan kesilapan. Apabila saya dapat rentak yang betul, barulah dapat memecut dengan baik,”kata Augusto Fernandez.

Moto3

Ayumu Sasaki akhirnya dinobatkan sebagai juara! Pelumba dari Jepun itu telah menunjukkan tunggangan yang cukup mengagumkan untuk meraih kedudukan yang benar-benar diidamkannya.

Kejayaan Sasaki diraih dengan menewaskan dua rakan sepasukan iaitu Izan Guevara dan Sergio Garcia (GASGAS Aspar Team). Drama turut menguji saingan kali ini yang melibatkan Dennis Foggia dan Jaume Masia.

Selepas beberapa kali diuji dan berlakunya episod pintas memintas, Sasaki mendahului ke lap terakhir. Seorang lagi pelumba Jepun iaitu Tatsuki Suzuki turut mempamerkan tunggangan bertenaga tetapi telah ditewaskan oleh Izan Guevara dan Sergio Garcia di saat-saat akhir untuk meraih tempat kedua dan ketiga.

Paddock kini berehat seketika untuk Cuti Musim Panas sebelum kembali beraksi pada Pusingan 12 yang diadakan di Litar Silverstone pada 5 hingga 7 Ogos 2022. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Warta Roda

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.