Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2019

Jonathan Rea Sekat Dominasi Ducati

Selepas empat kali mencuba, juara WSBK empat kali, Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK berjaya menggegarkan litar Imola untuk meraih kemenangan sulungnya musim ini pada awal Mei yang lalu.

Rea menunjukkan tanda positif sejak di sesi Latihan Bebas 2 (FP2) dengan kawalan jentera dan catatan masa yang cukup meyakinkan. Turut cemerlang di sesi awal tersebut ialah pelumba pasukan Ducati Aruba.it Racing, Chaz Davies. Apa yang menghairankan ialah rentak Alvaro Bautista agak perlahan dan ia belum pernah berlaku pada pelumba ini
sejak di perlumbaan pertama.

Ternyata kesungguhan Rea untuk menang mengatasi segalanya! Sejak di awal perlumbaan, Rea dibayangi oleh Davies yang tidak putus-putus memberi tekanan. Impian Davies untuk ke podium tidak terlaksana apabila jenteranya menghadapi masalah yang memaksa dia bersara awal. Namun begitu, pasukan Ducati terus meletakkan harapan kepada Bautista yang sejak dari awal tidak dapat rentak sempurna.

Pada masa yang sama, pelumba BMW Motorrad WorldSBK, Tom Sykes berada di tempat ketiga manakala M. Van Der Mark berjaya menewaskan beberapa orang pelumba untuk dapatkan posisi keempat walaupun bermula agak ketinggalan. Rea mengemaskan tunggangan untuk membuka jarak  seperti mana yang dia lakukan tahun-tahun sebelum ini dan berjaya melintasi garisan penamat di tempat pertama diikuti Bautisa yang ketinggalan tujuh saat di belakang.

Perebutan tempat ketiga di antara Sykes, M. Van Der Mark dan Toprak Razgatlioglu lebih sengit. Sayangnya Sykes terpaksa kembali ke pit selepas jenteranya dilanda masalah meninggalkan M. Van Der Mark, Razgatlioglu dan Haslam bertarung bermati-matian. Razgatlioglu membuat serangan pada fasa terakhir persaingan untuk memintas M. Van Der Mark dan sekali berlaku sedikit perlanggaran di antara para pelumba ini. Ternyata litar Imola sentiasa mendebarkan.

“Saya amat gembira dengan kemenangan pertama musim ini dan lebih-lebih lagi di hadapan para penonton yang hebat di Imola ini. Saya sangat sukakan litar ini! Pasukan Kawasaki telah memberikan jentera yang cukup mantap dan sejak di Assen, saya berlatih dengan lebih gigih. Saya sentiasa membayangi semula kemenangan dan ia mendorong saya untuk bekerja keras. Saya benar-benar puas hati dengan pencapaian hari ini,” kata Jonathan Rea.

“Ia adalah perlumbaan yang hebat kerana beraksi di hadapan para penyokong Ducati. Memang saya rasa sukar kerana ia adalah pengalaman pertama berlumba di sini. Saya menghadapi kesukaran tetapi masih dapatkan rentak yang memuaskan hati cuma Rea terlalu hebat dan mengagumkan. Apa pun, saya tetap gembira kerana dapat tamatkan saingan di tempat kedua,” komen Alvaro Bautista.

Perlumbaan 2 terpaksa dibatalkan berikutan hujan yang turun dengan lebat melewatkan segala urusan. Baustisa masih di tangga teratas dengan 263 mata. Tangga kedua adalah milik Jonathan Rea dengan 220 manakala pelumba Yamaha, Alex Lowes di tangga ketiga dengan 140 mata.

WorldSSP
Randy Krummenacher cukup gembira selepas berjaya mengulangi kejayaannya untuk meraih 25 mata penting yang membolehkan dia kini berada di tangga tertinggi keseluruhan dengan 115 mata meninggalkan pencabar terdekatnya, Federico Caricasulo 22 mata di belakang. Dalam perlumbaan akhir, pertembungan di antara dua rakan sepasukan ini ternyata cukup mendebarkan. Jentera YZF Yamaha milik kedua-dua pelumba ini sama hebat... sama laju.

Sedikit demi sedikit, Krummenacher dan Caricasulo membuka jarak yang akhirnya berada sejauh 13 saat di hadapan pelumba tempat ketiga, Raffaele De Rosa yang menunggang MV Agusta. Raffaele pada awalnya dilihat masih mampu mengekori kedua-dua pelumba tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Tahniah juga diucapkan buat para pelumba di kelompok kedua seperti Ayrton Badovini, Isaac Vinales dan Jules Cluzel yang mempamerkan bukan sahaja gaya tunggangan mantap tetapi juga semangat juang yang tinggi.

“Jika dibandingkan dengan segala kesulitan yang kami hadapi semalam, hari ini sangat istimewa kerana kami dapat jumpa strategi baru untuk menghadapi pertarungan ini. Saya dapat serasi dengan jentera dan amat terkejut apabila mendapati catatan masa saya amat baik. Saya gembira dan bersedia untuk perlumbaan seterusnya,” kata Krummenacher.

Perlumbaan WorldSSP 300 terpaksa dibatalkan akibat cuaca yang tidak menentu. Walaupun begitu, sesi kelayakan masa menunjukkan pelumba Kawasaki, Mika Perez mengungguli saingan dengan catatan masa terpantas manakala pendahulu keseluruhan, Manual Gonzalez hanya mampu berada di petak kelapan. Perlumbaan seterusnya berlangsung di Jerez, Sepanyol pada 7-9 Jun diikuti  Misano, Itali pada 21-23 Jun 2019. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Apa Lagi Marc Marquez Tak Boleh Lakukan? Minggu Sempurna Buat #93

Toprak Razgatlioglu Akhirnya ke MotoGP?

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

UB150: Voge FR150 Sedia Bertempur Dalam Pus. Kedua ARRC

Luca Marini Cedera Semasa Sesi Ujian Suzuka 8 Hours

Suzuki Bakal Beraksi di ARRC 2025 Pus. Kedua

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Apa Lagi Marc Marquez Tak Boleh Lakukan? Minggu Sempurna Buat #93

Marc Marquez: Terpantas di sesi Latihan 1, Terpantas Sesi Kelayakan, Terpantas sesi Warm-up, Terpantas hampir di sepanjang lap...dan memecahkan rekod ciptaannya sendiri.

Dari Litar

Suzuki Bakal Beraksi di ARRC 2025 Pus. Kedua

Adam Norrodin bakal bersaing dalam saingan Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship 2025 (ARRC) bersama pasukan AMI Suzuki Motorsport sebagai pelumba wildcard.

Model Baru

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Yamaha TRACER 7 dan TRACER 7 GT 2025 hadir untuk memberikan takrif baru untuk segmen Sport Touring 'kelas pertengahan dengan menampilan wajah baharu yang lebih garang dan diberikan pelbagai peningkatan teknologi menarik bagi memastikan.

Kembara

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Berpegangkan tema di mana bumi di pijak di situ kami ride kali ini, trip seterusnya adalah ke Pulau Jawa, Indonesia di mana targetnya adalah Loop Jakarta – Bandung sejauh 700km.