☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Februari 2023

Pasukan PETRONAS MIE Racing Dilancarkan!!

PETRONAS dan MIE Racing kini bergandingan untuk memberi cabaran dalam Kejuaraan WorldSBK 2023. PETRONAS MIE Racing Team adalah nama pasukan terbaru yang dibarisi oleh empat pelumba berbakat iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dan Eric Granado yang bakal beraksi dalam kategori WSBK manakala Adam Norrodin serta Tarran Mackenzie pula menyahut cabaran dalam saingan WorldSSP.

Keempat-empat penunggang, bersama Midori Moriwaki dan wakil dari PETRONAS melancarkan Honda CBR1000RR-R dan Honda CBR600RR, jentera tunggangan mereka akan bersaing dalam kelas Superbike dan Supersport musim ini.

Hafizh Syahrin & jenteranya Honda CBR1000RR-R.
Hafizh Syahrin & jenteranya Honda CBR1000RR-R.

Livery baru ini cantik, yang menyerlah dengan skema warna PETRONAS yang tersendiri, memberikan impak yang tidak dapat disangkal di dalam dan di luar trek. Ia juga mengimbaukan kembali kejayaan dan kecemerlangan Hafizh Syahrin bersama warna ini suatu ketika dulu.

PETRONAS dan MIE Racing turut bekerjasama dalam program akademi pembangunan bakat para pelumba muda. Usaha ini akan membolehkan PETRONAS berkongsikan kepakaran mereka dan menjalankan ujian dan pembangunan produk bersama pasukan MIE Racing. Ia akan membantu memperkasakan produk premium untuk jentera berkuasa tinggi.

Jentera tunggangan Adam Norrodin, Honda CBR600RR.
Jentera tunggangan Adam Norrodin, Honda CBR600RR.

“Saya sangat gembira untuk menempuh cabaran musim kedua di WorldSBK saya bersama pasukan PETRONAS MIE Racing Honda. Tahun pertama ternyata agak sukar tetapi saya telah memperoleh banyak pengalaman, terima kasih kepada pasukan dan pelumba. Pakej kami ditambah baik dan terdapat sedikit perubahan dari segi kakitangan bahagian teknikal juga. Saya juga lebih serasi dengan sistem elektronik dan prestasi tayar berbanding ketika masih baru pada musim lepas. Saya akan lebih bersedia menjelang 2023,” kata Hafizh Syahrin.

Adam Norrodin.
Adam Norrodin.

“Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada pelumba WorldSSP musim ini. Saya telah berlumba dalam pelbagai siri antarabangsa termasuk Moto2 dan Moto3, tetapi World Supersport adalah cabaran baru buat saya. Sudah tentu saya gementar tetapi juga teruja, dan ini kali pertama saya menunggangnya. Saya sedar saya mempunyai banyak tugas yang perlu dilakukan. Saya mempunyai harapan yang tinggi memandangkan Honda tidak bertanding dalam kelas 600 sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedangkan ia sangat berjaya sebelum ini,” komen Adam Norrodin.

Honda CBR600RR - Adam Norrodin.
Honda CBR600RR - Adam Norrodin.

Sebelum itu, pasukan PETRONAS MIE Racing Honda telah hadir litar Phillip Island, Australia untuk melengkapkan sesi ujian pramusim terakhir sebelum perlumbaan pembuka tirai WorldSBK pada 24 Mac ini di litar yang sama.

Hafizh Syahrin dan Eric Granado bekerja keras bersama juruteknik mereka, membuat beberapa siri pengubahsuaian pada jentera CBR1000RR-R sepanjang sesi untuk mendapatkan talaan yang paling sesuai untuk jentera mereka.

Hafizh Syahrin.
Hafizh Syahrin.
Erci Granado.
Erci Granado.

Kedua-dua pelumba tersebut menamatkan lebih 50 lap setiap hari, dengan keadaan cuaca yang hampir ideal dan sempurna. Pada sesi ujian hari kedua, prestasi Hafizh dan Eric bertambah baik walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.