☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Mac 2023

Adam Norrodin Konsisten, Sudah Pungut 9 mata

Info: Sebelum saingan bermula di Australia, terdapat isu mengenai jentera tunggangan Adam Norrodin iaitu Honda CBR600RR yang dikatakan berhadapan dengan masalah lojistik dan kastam yang menyebabkan pasukan PETRONAS MIE Racing Honda gagal untuk menyediakan enjin tepat pada masanya untuk proses Homologasi FIM Fasa 1. Walaupun begitu, FIM Permanent Bureau telah memberi pengecualian kepada Honda dan pasukan PETRONAS MIE Racing Honda dengan syarat mendapat persetujuan daripada semua pengeluar yang bersaingan dalam WorldSSP ini.

Perjanjian sebulat suara itu telah membolehkan pasukan Adam dan Tarran Mackenzie menyertai dua pusingan pertama kejuaraan ini iaitu di Australia dan di Indonesia. Kesemua jumlah mata yang diraih oleh pasukan ini juga akan kekal sehingga selesai Homologasi FIM Fasa 2 selesai, selewat-lewatnya sebelum saingan di Eropah yang bakal bermula di Litar Assen pada 21-23 April nanti.

Honda CBR600RR.
Honda CBR600RR.

Adam ternyata cukup bersemangat untuk menyarung 'jersi' pasukannya buat pertama kali berjaya meraih lima mata di Phillip Island selepas mempamerkan tunggangan yang mantap. Rakan sepasukannya, Tarran juga berjaya berada di antara 15 pelumba terbaik dalam saingan di Australia.

Adam Norrodin.
Adam Norrodin.

Konsistensi Adam terus mendapat pujian daripada pasukannya apabila mencatatkan masa yang cukup baik dalam sesi ujian masa walaupun baru kali pertama di Litar Mandalika. Walaupun tidak begitu gembira dengan cengkaman tayar hadapannya, Adam masih mampu untuk menamatkan saingan pertamanya di posisi ke-15 untuk memungut satu mata.

Perlumbaan 2 dijalankan dalam keadaan litar terang dan kering. Adam dan Tarran berjaya mendapatkan rentak yang agak baik berbanding saingan sebelumnya untuk menghampiri beberapa pelumba di depan. Usaha Adam membuahkan hasil apabila berjaya melintasi garisan penamat di posisi ke-13, diikuti oleh Tarran.

Aksi Adam di Litar Mandalika.
Aksi Adam di Litar Mandalika.
Tarran Mackenzie.
Tarran Mackenzie.
Adam 'depan' menamatkan saingan di tempat ke-13 diikuti rakannya Tarran di tempat ke-14.
Adam 'depan' menamatkan saingan di tempat ke-13 diikuti rakannya Tarran di tempat ke-14.

“Kami mengharungi perlumbaan yang sangat baik hari ini. Kami juga telah menambah baik dan membuat perubahan sebelum perlumbaan. Saya tidak bermula dengan baik dan terputus kumpulan itu pada awalnya. Tapi jentera CBR ini cukup cemerlang, membolehkan saya memerah pendikit mengejar mereka di depan,” komen Adam Norrodin. Kami tamatkan saingan kali ini dengan mata berharga dan akan mencari lebih banyak lagi pada pusingan pertama di Eropah nanti,” komen Adam.

Selepas dua pusingan berlalu, Adam Norrodin kini berada di tanggga ke-17 keseluruhan dengan 9 mata manakala rakkanya Tarran Mackenzie di tangga ke-15 belas dengan 15 mata.

Para pemenang WorldSSP Perlumbaan 2. Dari kiri: Stefano Manzi, Federico Caricasulo & Nicolo Bulega.
Para pemenang WorldSSP Perlumbaan 2. Dari kiri: Stefano Manzi, Federico Caricasulo & Nicolo Bulega.
Caricasulo '34' cuba melarikan diri daripada para pencabarnya.
Caricasulo '34' cuba melarikan diri daripada para pencabarnya.

Saingan WorldSSP di Litar Mandalika telah diungguli oleh dua orang pelumba iaitu Federico Caricasulo dalam Perlumbaan 1 dan Can Oncu di saingan kedua. Pusingan 3 untuk dijadualkan berlangsung di Litar Assen TT di Belanda pada hujung minggu 21 -23 April 2023. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.