☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 April 2023

Kejohanan Dunia FIM untuk Wanita bermula 2024

Kejohanan Dunia bagi Wanita FIM (FIM Women's World Championship) akan bermula pada 2024. Berita itu telah diumumkan ketika berlangsungnya pusingan MotoGP di Sepanyol. Kejohanan baharu ini akan menjadi acara sokongan kepada pusingan-pusingan di benua Eropah untuk Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK).

Musim pertama kejohanan tersebut dijangka akan mengandungi enam pusingan dan akan bermula pada pusing Eropah yang pertama bagi WorldSBK musim 2024. Namun, pengelola siri perlumbaan baharu ini belum mengumumkan aturcara yang sepenuhnya, seperti berapakah jumlah pelumba, bagaimana mereka hendak mengambil bahagian, jadual waktu perlumbaan, motosikal jenis apa yang akan digunakan, atau sejauh manakah sokongan yang akan diberikan kepada pelumba.

Apapun, Pengarah Urusan WorldSBK, Gregorio Lavilla berkata ketika pengumuman itu bahawa prestasi motosikal dijangka akan seperti siri Supersport. Tetapi, terdapat dua kelas Supersport, iaitu untuk motosikal 300cc dan 600cc. Juga, kelas 600cc boleh dikatakan dibahagi kepada dua tatkala ini kerana terdapat motosikal sport yang khusus seperti Honda CBR600RR, Yamaha YZF-R6, Suzuki GSX-R600 dan sebagainya, manakala satu lagi ialah kelas untuk motosikal sport "harian" seperti Aprilia RS 660, Yamaha YZF-R7, Ninja 650, Honda CBR650R.

Kita tidak dapat membuat apa-apa spekulasi dan hanya mampu menunggu.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.