☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2019

Quartararo Hampir Kejutkan Marquez

Pelumba pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo telah mempamerkan prestasi cemerlang pada perlumbaan akhir di San Marino yang berlangsung penuh debaran. Walaupun memberikan segala-segalanya, pelumba dari Perancis ini masih belum mampu untuk mengekang kemaraan juara tujuh kali, Marc Marquez daripada meraih kemenangannya sekali lagi.


Litar ini ternyata cukup sesuai buat jentera Yamaha dan dibuktikan menerusi prestasi hebat para pelumba Yamaha sejak di sesi ujian masa. Vinales, Rossi,  Quartararo dan Morbidelli cukup bertenaga tetapi di dalam keempat-empat pelumba itu, Marquez dan Pol Espargaro dapat 'menyelit' untuk mencatatkan masa antara yang terpantas.

Vinales bermula dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan. Quartararo kedua, Marquez tempat ketiga sambil diekori rapat oleh Morbidelli. Rossi, Rins dan Dovizioso pula tersangkut di belakang Espargaro. Walaupun rentak pelumba KTM itu cukup perlahan, dia masih mampu menutup setiap ruang daripada diserang. Rossi terpaksa menunggu sehingga lap keenam sebelum berjaya memintas.

Tidak lama kemudian, Quartararo berjaya mencari titik kelemahan Vinales untuk membuat serangan seterusnya maju ke hadapan. Belum sempat mengatur strategi baru, Vinales sekali lagi dipintas. Kali ini oleh Marquez pula. Quartararo dan Marquez memiliki rentak cemerlang yang gagal diikut oleh Vinales. Dia semakin ke belakang.

Marquez berjaya merapatkan diri tetapi memilih untuk tidak menyerang, sebaliknya ikut dengan sabar. Menurut Quartararo, itulah saat paling manis buat dirinya apabila diekori oleh sang juara. Kelincahan jentera Yamaha M1 tergugat apabila berada di laluan lurus di mana dengan jelas gagal menandingi kuasa enjin Honda RC213V milik Marquez.

Pelumba bernombor 93 itu akhirnya mula menyerang sebaik sahaja masuk ke lap akhir. Quartararo berjaya mendapatkan kembali posisinya tetapi tidak lama! Marquez membrek cukup lambat sehinggakan tayarnya berasap tetapi dia tetap berjaya mengawal pergerakan jenteranya untuk masuk ke selekoh dengan selamat. Melihat kepada keupayaan Quartararo yang setanding pada perlumbaan itu, kita amat percaya dia akan menjadi pencabar hebat MotoGP suatu hari nanti.

“Apabila mengetahui saya sedang diekori oleh juara tujuh kali sepanjang perlumbaan dan berupaya untuk memberi saingan dengannya, saya amat gembira. Kami memang cukup rapat dan terima kasih buat semua atas usaha menjadikan jentera saya cukup kompetitif. Prestasi pasukan amat cemerlang dan kami dapat belajar banyak sekali daripada pengamalan ini,” komen Fabio Quartararo.

Vinales yang ketinggalan sedikit di belakang berjaya meraih 16 lagi mata dengan kemenangan di tempat ketiga. Rossi berjaya memintas anak didiknya, Morbidelli untuk menang tempat keempat. Selepas 13 pusingan berlalu, Marquez terus di tangga teratas dengan 275 mata diikuti Dovizioso (182 mata), Petrucci (51 mata) dan Alex Rins dengan 49 mata.

Moto2

Skrip yang hampir sama turut berlaku dalam saingan kelas Moto2. Pelumba tuan rumah, Fabio Di Giannantonio yang dijangka mengungguli saingan telah ditewaskan oleh pencabarnya, Augusto Fernandez dengan perbezaan 0.186 saat sahaja dan ini merupakan kemenangan ketiganya musim ini. Turut menjadi mangsa kerakusan Fernandez ialah pendahulu kejuaraan, Alex Marquez.
Giannantonio yang bermula di petak pertama memimpin perlumbaan dengan cukup tenang walaupun menyedari dia sedang diekori rapat oleh dua pencabar yang bukan calang-calangnya. Terkaman yang dibuat oleh Fernandez dan Marquez berjaya ditahan dengan tenang. Itu ternyata kelebihan yang wajar dicontohi oleh para pelumba muda lain dalam kelas ini.

Walaupun begitu, Fernandez tetap berjaya memintas dalam lap akhir dan menerima kibaran kemenangan pusingan 13 dengan catatan masa 1'39.715s manakala Giannantonio di tempat kedua dan Marquez di tempat ketiga. Kemenangan ini telah membawa Fernandez semakin menghampiri Marquez dalam perebutan juara keseluruhan. Juara bertahan itu masih di atas sekali dengan 197 mata manakala Fernandez kini di tangga kedua dengan 171 mata.

Harapan untuk melihat pelumba sensasi Adam Norrodin yang menggantikan Khairul Idham Pawi cemerlang di pusingan kali ini tidak kesampaian apabila pelumba negara itu gagal menamatkan saingan. Apa pun, kita doakan dia terus bersemangat untuk terus menggalas cabaran.

Moto3

Tahniah buat pelumba dari Jepun, Tatsuki Suzuki yang berjaya menjuarai persaingan kali ini dengan tunggangan yang sungguh cemerlang. Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee turut bersinar dengan tunggangan sempurna untuk membawa pulang takhta naib juara ke khemah pasukan dengan penuh bangga.

Suzuki yang bermula di petak pertama mendapat holeshot untuk mendahului saingan sambil diekori oleh Tony Arbolino dan Aron Canet yang telah mengalami masalah teknikal pada lap keempat. Suzuki tidak menghiraukan apa yang berlaku di belakang, dia terus tumpukan seluruh perhatian untuk menjadi juara. McPhee yang bermula dari posisi ke-14 mula menyerang para pelumba di depan untuk berada di tempat ketiga. Dia akhirnya berjaya menewaskan Arbolino untuk menduduki podium di tempat kedua.

Para pelumba meneruskan persaingan pada pusingan ke-14 di Motorland, Aragon pada 22 September 2019 dan kemudiannya di Chang International Circuit, Thailand pada 6 Oktober 2019. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.