☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Mei 2023

FIM MiniGP Malaysia Musim ke-3 Kembali Hujung Minggu Ini

Perlumbaan FIM MiniGP Malaysia Series dan SIC Ohvale Junior Championship buat kali ketiga kembali dan akan berlangsung sebanyak lima pusingan untuk musim ini.

Pusingan pertama yang bakal diadakan di Litar UniMAP, Perlis akan berlangsung pada minggu ini iaitu 20hb - 21 hb Mei 2023. Pusingan kedua di Litar Motac Adventure Park Langkawi, Kedah pada 17hb - 18hb Jun 2023. Manakala Litar Tangkak, Johor lokasi untuk pusingan ketiga pada 5hb - 6hb Ogos 2023 diikuti pusingan keempat dan kelima (terakhir) akan berjalan di Litar Antarabangsa Kart Sepang (SIKC) pada 2hb - 3hb September 2023 dan 14hb - 15hb Oktober 2023.

FIM MiniGP Malaysia Series merupakan saingan utama yang menampilkan 18 pelumba dari 12 hingga 14 tahun termasuk 4 pelumba negara lain iaitu Singapura, Vietnam dan Chin yang menunggang jetera lumba ohvale 160cc. Untuk kelas SIC Ohvale Junior Championship yang menunggang jentera Ohvale 110cc disertai 15 pelumba termasuk 5 pelumba  dari Australia, Hong Kong dan China.

Di bawah merupakan senarai peserta yang akan bertanding dalam FIm MiniGP Malaysia Series dan SIC Ohvale Junior Championship sepanjang musim 2023.

FIM MiniGP Malaysia akan bekerjasama Malaysia Supermoto Championship pada tahun ini. Saingan ini boleh ditonton secara langsung menerusi laman Facebook FIM MiniGP Malaysia dan SIC Ohvale Junior Championship. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.