☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Mei 2023

Pecco Berkata Motosikal Pasukan Satelit Patut Diperlahankan

Juara Dunai Bertahan bagi kelas MotoGP, Francesco "Pecco" Bagnaia berkata bahawa motosikal pasukan satelit sepatutnya dikurangkan prestasi berbanding dengan motosikal pasukan pengilang. Bagaimanapun, kenyataannya menyebabkan dirinya ditempelek rata-rata.

Pecco berkata demikian ketika sebuah wawancara bersama sebuah akhbar Itali. Berita itu kemudiannya dikongsi oleh laman sesewang MotoGP.com. Dia berkata sepatutnya ada perbezaan prestasi di antara motosikal pasukan pengilang dan pasukan satelit sebanyak sekurang-kurang 0.6 saat sehingga 0.7 saat setiap lap. Padanya, persamaan prestasi menyebabkan terlalu ramai pelumba berasak di kelompok hadapan sebaik sahaja bermulanya perlumbaan dan ini suatu situasi yang membahayakan.

Tetapi pendapatnya tidak dipersetujui oleh semua peminat MotoGP. Pengurus pasukan Tech 3 GasGas dan Presiden IRTA (Independent Roadracing Teams Association - Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan) Herve Poncharal turut menempelek Pecco dan menggelar kenyataan Pecco itu sebagai "Bulls***t" (mengarut).

Herve mengingatkan Pecco bahawa dia pernah menunggang untuk sebuah pasukan satelit, Pramac Ducati ketika pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas MotoGP pada 2019. Ketika itu Pecco, sebagai salah seorang anak didik lagenda MotoGP Valentino Rossi telah menunjukkan prestasi yang baik secara berlumba di kelompok hadapan serta memenangi perlumbaan.

Ini suatu hakikat yang dikomen oleh peminat MotoGP juga, "Pecco mahukan motosikal yang berprestasi tinggi ketika menunggang untuk pasukan satelit, tetapi apabila sudah mendapat motosikal yang terbaik, suruh pula dikurangkan prestasi motosikal peserta yang lain."

Seorang lagi peminat berkata, "Kami gemar menonton MotoGP kerana aksi yang mendebarkan di mana sesiapa pun boleh berebut kemenangan. Kalau Pecco hendakkan pendekatan seperti begini, lebih baik sahaja dia berlumba bersendirian untuk kejuaraan yang disertai oleh dia seorang."

Ada juga yang berkomen dengan agak keras, "Sudah jadi juara dunia, takut gelarannya direbut oleh pelumba lain. Ini menunjukkan dia sebenarnya tidak cukup bakat tapi hanya mengharapkan motosikal yang paling laju!"

Pecco tidak dapat menamat 3 daripada 5 pusingan perlumbaan sejak bermulanya musim 2023 ini. Dia juga terlibat di dalam suatu kemalangan dengan Maverick Vinalez di perlumbaan di Le Mans, Perancis minggu lalu yang mengakibatkan kedua-dua pelumba tersingkir. Kita tunggu apa respon Pecco selepas ini.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.