☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Jun 2023

Francesco Bagnaia Tunjuk Taring di Mugello.

“Ini antara minggu paling sempurna buat saya,” komen Juara Litar Mugello, Francesco Bagnaia atau Pecco.

Pecco mula menunjukkan taringnya sejak di sesi latihan lagi dengan tunggangan cukup sempurna untuk mencatatkan masa terpantas. Dia sekali lagi menjadi topik perbualan apabila meraih masa terpantas di sesi Ujian Masa yang menempatkannya di petak paling hadapan.

Turut memiliki peluang untuk meraih kemenangan ialah Jorge Martin, Marc Marquez, Luca Marini, Alex Marquez dan Johann Zarco. Di awal saingan, barisan hadapan diungguli oleh Pecco yang melakukan permulaan yang sempurna tetapi dengan pantas dipintas oleh Jack Miller. Turut mengekori di rapat di belakang ialah Marini, Martin dan M. Marquez.

Pecco tidak dapat menjarakkan diri tetapi masih mampu untuk menidakkan sebarang cubaan daripada para pelumba di belakangnya itu. Para penonton tertumpu kepada pertarungan di antara M. Marquez dan Martin yang masing-masing memiliki rentak dan skill yang hampir seimbang. Dalam masa yang sama, Miller sudah mula ketinggalan sedikit demi sedikit.

Ketika M. Marquez cuba untuk meningkatkan kelajuan, dia sedikit melebar lalu cuba untuk kembali ke laluan. Tindakannya itu menyebabkan jenteranya dibabas ke luar litar. M. Marquez ternyata cukup kecewa dengan kejadian tersebut dan ini merupakan detik hitam buat dirinya dalam sejarah MotoGP kerana buat pertama kalinya pelumba dari Sepanyol itu gagal menamatkan perlumbaan buat kali keempat berturut-turut. Kedudukan J. Martin agak selesa dengan ketiadaan pencabarnya itu dan terus memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengejar Pecco.

Pertarungan di belakang tidak terhenti di situ. Kekosongan tempat ketiga kini diburui oleh A. Marquez, Marini dan J. Zarco. Ketiga-tiga jentera Ducati memiliki hantaran tenaga yang hampir sama. Ketika cuba membuka jarak, A. Marquez mengikut jejak abangnya – terbabas dan terpaksa bersara lebih awal. Zarco juga berjaya menewaskan Marini selepas beberapa kali membuat serangan untuk merampak tempat ketiga.

Di depan, Pecco melintasi garisan penamat dengan penuh bergaya untuk menambah 25 mata lagi ke dalam koleksinya untuk berada di tangga teratas dengan 131 mata.

"Saya gembira pastinya ia adalah hujung minggu terbaik setakat ini. Posisi Pole, menang perlumbaan Sprint dan menang Grand Prix. Jadi bagi saya ia adalah cara terbaik untuk menyempurnakan perlumbaan hujung minggu di Itali. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang cukup luar biasa. Saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah datang semalam dan hari ini,” komen Pecco.

Tempat kedua dimenangi oleh Jorge Martin yang hanya ketinggalan 1.067s manakala rakan sepasukannya Johann Zarco di tempat ketiga. Ketinggalan empat saat di belakang ialah Luca Marini yang berjaya menahan kemaraan Brad Binder. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.