☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Julai 2023

Kelas MotoGP akan menyaksikan Format Latihan dan Kelayakan yang Baharu

Kita akan menyaksikan format latihan yang baharu bagi kelas MotoGP musim 2023 apabila kejohanan tersebut kembali beraksi di litar Silverstone pada 6 Ogos, setelah mereka berehat selama 3 minggu untuk musim panas.

Format baharu ialah seperti berikutnya:

  • Free Practice 1 (FP1) atau sesi Latihan Bebas 1 pada pagi Jumaat – masa yang dicatatkan oleh para pelumba tidak akan diambil kira untuk sesi kelayakan Qualifying 1 (Q1) dan Qualifying 2 (Q2).
  • Practice atau sesi Latihan pada petang Jumaat – masa yang dicatatkan oleh para pelumba akan menentukan kelayakan ke sesi Q1 atau Q2. Sepuluh pelumba terpantas akan memasukki sesi Q2 secara automatik.
  • Free Practice 2 (FP2) atau sesi Latihan Bebas 2 pada pagi Sabtu – masa yang dicatakan tidak diambil kira.

Sebelum musim 2023, FP1 pada hari Jumaat merupakan sesi yang digunakan oleh pasukan MotoGP untuk membuat set up jentera mereka. Oleh itu, segala masa yang dicatat oleh pelumba tidak diambil kira.

Juga sebelum musim 2023, pelumba akan cuba membuat lap yang terpantas di dalam FP2 dan FP3 untuk kelayakan samada ke sesi Q1 atau Q2. Dua pelumba terpantas di sesi Q1 akan memasukki sesi Q2, di mana mereka akan berebut 12 tempat grid permulaan untuk perlumbaan pada hari Ahad. FP4 pada pagi Ahad juga digunakan untuk membuat set up terakhir.

Namun, semuanya telah berubah dengan pengenalan Perlumbaan Sprint (Sprint Race) bermula pada tahun ini. Sebelum pusingan di Silverstone, FP1 dan FP2 telah menjadi sesi-sesi di mana masa pelumba diambil kira. FP3 pula digantikan oleh Perlumbaan Sprint. Justeru pasukan dan pelumba hanya ada sesi Practice (Latihan) yang menggantikan FP4 pada pagi Ahad sahaja untuk membuat persiapan terakhir.

Format itu telah membuat kesemua pasukan dan pelumba mengeluh kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan. Sebaliknya, pelumba terpaksa menunggang pada tahap maksimum sebaik sahaja mereka tiba di litar pada hari Jumaat. Ada juga yang meluahkan pendapat bahawa format ini menghasilkan situasi yang merbahaya dan buktinya ialah jumlah kemalangan serta kecederaan kepada pelumba pada musim ini.

Struktur latihan dan kelayakan yang baharu ini telah disetujui dengan sebulat suara oleh pasukan-pasukan MotoGP. Oleh itu, Suruhanjaya Grand Prix meluluskan cadangan tersebut.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.