☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 September 2023

Insiden di Litar Catalunya: Pecco Anggap Dirinya Sangat Bertuah!!

Pusingan 11, Monster Energy Grand Prix Catalunya Ahad lalu menyaksikan kedua-dua pelumba Ducati Francesco Bagnaia (Pecco) dan Enea Bastianini telah terlibat dalam kemalangan yang serius sehingga terpaksa dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan.

Pecco '1'.
Pecco '1'.

Bastianini terlebih dahulu melakukan kesilapan menyebabkannya terbabas dan 'menyapu' bersih Johann Zarco, Marco Bezzecchi, Alex Marquez dan Fabio Di Giannantonio. Berikutan insiden tersebut, Bastianini cedera di tangan dan buku lali malah dikenakan penalti atas kesilapan yang dilakukannya.

Beberapa saat kemudian, Pecco pula mengalami 'high side'. Jenteranya terhempas, berpusing dan menghumbannya ke tengah litar. Pecco mendarat betul-betul di depan Brad Binder yang tidak mampu untuk mengelak. Kaki Pecco telah dilanggar tetapi dunia MotoGP amat bernasib baik kerana juara bertahan itu hanya mengalami beberapa lebam, tetapi tiada patah pada mana-mana bahagian tulang.

Ketika meninggalkan hospital, Pecco meluangkan masa menjawab beberapa soalan dari pihak media mengenai nahas itu sambil berkata: "Nasib sangat menyebelahi saya hari ini. Saya perlu bersyukur kerana kadang-kadang anda memang memerlukan tuah tersebut.”

Enea Bastianini.
Enea Bastianini.

Perlumbaan di litar Catalunya itu telah dimenangi oleh jaguh-jaguh pasukan Aprilia iaitu Aleix Espargaro dan Maverick Vinales yang berjaya mencipta sejarah baru buat pengeluar motosikal dari Itali itu. Tempat ketiga dimenangi oleh Jorger Martin yang hanya ketinggalan dua saat di belakang Vinales.

Kegembiraan yang sangat jelas terpancar di wajah Maverick Vinales & Aleix Espargaro.
Kegembiraan yang sangat jelas terpancar di wajah Maverick Vinales & Aleix Espargaro.
Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.
Marc Marquez '93'.
Marc Marquez '93'.

Saingan kali ini juga memberi sedikit harapan buat pasukan Yamaha yang berjaya menamatkan saingan di posisi ketujuh menerusi Fabio Quartararo. Pasukan Repsol Honda juga menarik nafas lega apabila Marc Marquez turut berjaya menghabiskan perlumbaan walaupun hanya di tempat ke-13. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.