☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 September 2023

Bagaimanakah Prestasi Motosikal Elektrik Ducati di dalam MotoE 2023?

Ducati menjadi pembekal motosikal rasmi di dalam Kejuaraan MotoE 2023 setelah kontrak Energica tamat pada tahun lepas. Jadi bagaimana dengan prestasi motosikal elektrik ini sepanjang musim 2023?

Secara puratanya, model Ducati V21L itu dapat mencatat masa 2.2 saat lebih pantas setiap lap berbanding dengan tahun 2022. Juga, sebuah motosikal dapat mencecah kelajuan 282 km/h di Mugello pada bulan Jun.

Di segi kejuaraan penunggang pula, 8 penunggang berlainan daripada jumlah 18 penunggang menjadi juara sekurang-kurangnya sekali. Sepuluh di kalangan mereka telah dapat menaikki podium. Terdapat 4 penunggang yang masih merebut takhta kejuaraan itu apabila berlangsungnya pusingan terakhir di San Marino, Itali.

Pek bateri motosikal ini terdiri daripada sel-sel bateri jenis 21700. Oleh kerana bateri itu bersaiz kecil, para jurutera Ducati dapat membahagikan mereka kepada lokasi-lokasi tertentu di dalam motosikal bagi memusatkan keberatan sebanyak 54% di depan dan 46% di belakang untuk pengendalian yang lebih tangkas.

Seperti biasa, motosikal elektrik lebih berat kerana baterinya. Berat Ducati V21L ini ialah 225kg, dan 110kg daripada itu merupakan keberatan bateri. Kotak bateri dibuat daripada gentian karbon agar lebih kuat tetapi lebih ringan. Pek bateri ini disejukkan dengan cecair dan ia membolehkan bateri dicaj tanpa perlu menunggu ia sejuk.

Ducati telah membina 23 unit V21L. 18 dibekalkan kepada pasukan-pasukan perlumbaan, manakala 5 lagi digunakan sebagai mesin gantian.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).