Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2014

PETRONAS CUBPRIX 2014 Pusingan 3 - Gong Badak, Terengganu : Fazli Sham Kembali...

Suatu ketika lalu, pelumba ini ternyata bintang buat perlumbaan cubprix. Dikenali ramai manakala kemunculannya memang ditunggu-tunggu….. itulah Ahmad Fazli Sham, antara pelumba paling berpengalaman yang masih bersemangat bersaing dalam perlumbaan ini. Walaupun dia mengalami detik suramnya beberapa musim yang lalu, tahun ini Fazli bagaikan telah menerima suntikan ‘ubat’ baru yang ternyata telah menjadikannya lebih kompetitif dan berdaya saing untuk merebut kejuaraannya yang sudah lama diidam-idamkan.

Pada perlumbaan di Terengganu, Zaqhwan Zaidi turun ke litar dengan keazaman tinggi untuk menebus kekecewaannya di Johor ketika sedang mendahului para pelumba lain. Pelumba 19 tahun ini tidak bermula dengan baik dan terpaksa berasak-asak dengan pelumba lain. Ketika Fazli cuba memecut meninggalkan kelompok di belakangnya, Zaqhwan mula mengatur langkah dengan memintas seorang demi seorang hinggalah berjaya berada di kedudukan tempat kedua.

Muhaimin Roslan ceria sebelum perlumbaan bermula.
Muhaimin Roslan ceria sebelum perlumbaan bermula.

Pelumba pasukan Givi Honda Yuzy Racing itu terus memburu Fazli seterusnya menggasak sehingga pelumba Taiping itu melakukan kesilapan. Selepas dipintas, Fazli cuba untuk mengejar tetapi segalanya sudah terlambat apabila Zaqhwan berjaya membuka jarak sejauh 2.425s. Walaupun hanya di tempat kedua buat Fazli, ternyata cukup gembira kerana kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 40 mata. Tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Afif dengan catatan masa 41.319 saat.

Norizman Ismail (2) dan Md Fitri Ashraff (4) tidak dapat menaiki podium di Terengganu.

“Ini perlumbaan yang hebat. Para pelumba Yamaha cukup-cukup laju, sukar untuk saya mengejar tapi entah bagaimana akhirnya saya dapat menembusi benteng mereka itu. Pada lap ke 13, saya berada di belakang Fazli dan kesilapan yang dilakukannya telah membuka peluang untuk saya kembali menaiki podium,” komen Juara Pusingan 3, Zaqhwan Zaidi.

Elly Idzlianizar (88) kempunan setelah terbabas diasak Amirul Arif.

Mohd Amirul Arif telah memohon maaf kepada Elly Idzlianizar kerana menyebabkan pencabarnya itu terpaksa bersara awal ketika melakukan cubaan memintas di akhir-akhir perlumbaan. Dalam insiden itu, Amirul yang sedang mengejar Elly dan Zaidy Zaifaizal membuat serangan dari dalam lalu mengakibatkan sentuhan berlaku antara dia dan Elly.

Elly terbabas dan terus melanggar beg pelindung udara, bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius tetapi kini telah jatuh ke tangga keenam keseluruhan dengan 29 mata. “Saya sedang terdesak mengejar Zaidy sehinggakan tidak fikirkan strategi. Saya sedar selekoh empat itu cukup berisiko kerana ia tajam dan sempit. Saya benar-benar mohon maaf kepada Elly dan seluruh pasukannya,” ujar Amirul.

Khairul Idham Pawi cemerlang di litar Gong Badak.
Khairul Idham Pawi cemerlang di litar Gong Badak.

Persaingan kali ini juga memberi peluang kepada Zaidy Zaifaizal dari pasukan Motul Yamaha YY Pang untuk kembali ke podium selepas sekian lama ‘menyepi’. Zaidy memenangi perlumbaan akhir ini dengan catatan masa 8:30.402 saat manakala rakan sepasukannya, Md Izzat Zaidi di tempat ketiga.

Selepas menang di Muar, Khairul Idham sekali lagi berjaya mengulangi kemenangannya di hadapan ribuan para penonton di Terengganu pada pusingan ketiga lalu. Keputusan cemerlang di peringkat ujian masa telah memberikannya kelebihan bermula di petak pertama dan ternyata dia bagaikan tiada pencabar sejak dari awal perlumbaan.

Podium kategori Wira.
Podium kategori Wira.

Khairul yang akhirnya berlumba bersendirian menang mudah dengan kelebihan hampir lima saat di hadapan para pencabarnya. Tempat kedua dimenangi oleh Md Harith Farhan manakala Md Afiki di tempat ketiga. Kemenangan ini juga telah melonjakkan Khairul ke tangga teratas pungutan mata keseluruhan dengan 66 mata diikuti agak rapat oleh Khairul Ikhwan dengan 55 mata. Pastinya Khairul Idham tidak sabar-sabar lagi ke litar Melaka untuk mencari kemenangan hatriknya.

Perlumbaan Cabaran Honda Future - bakal lahirkan bintang masa depan.
Perlumbaan Cabaran Honda Future - bakal lahirkan bintang masa depan.

Terengganu ternyata tidak berpihak kepada Azroy Hakeem walaupun pelumba muda ini cukup sukar ditewaskan pada dua perlumbaan terawal. Azroy agak ketinggalan sejak di sessi latihan bebas, ujian masa seterusnya ke perlumbaan akhir yang menunjukkan dia hanya mampu bertahan selama tiga pusingan sahaja.

Pusingan ketiga kali ini diungguli oleh Saiful Azhary yang menunjukkan peningkatan mengagumkan. Bermula di petak kedua tidak merencatkan hasratnya untuk bergelar juara dan setiap kelemahan pencabar telah berjaya dihukum sehinggalah dia dikibarkan bendera penamat sebagai juara. Diikuti oleh Airul Hanafiee dan Md Azri Haris masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Shaikh Alif Nazirul (21) mengasak Md Azmel Alif (12) dalam Cabaran Yamaha 135 Super Series.

Hasrat Md Irfan untuk melakukan hatrik tidak kesampaian apabila hanya mampu menamatkan cabaran pusingan ketiga di tempat ketujuh. Saingan kali ini menunjukkan prestasi tiga pelumba muda iaitu Shaikh Alif, Md Afizi dan Md Isa yang bertambah baik. Ketiga-tiga pelumba ini berada di dalam kelompok paling hadapan dan pertarungan sengit antara mereka menyebabkan para pelumba lain ketinggalan hampir 12 saat di belakang.

Perebutan antara tiga ‘pendekar’ ini akhirnya dimenangi oleh Shaikh Alif, diikuti oleh Md Afizi dan Isa. Kutipan mata-mata ini amat penting buat Md Afizi dan Md Isa untuk merapatkan diri mereka dengan pelumba teratas iaitu Md Irfan. Adakah prestasi mereka akan kekal sebegini atau pun terpaksa sekali lagi menghalang Md Irfan yang akan memecut bagaikan seekor lipas kudung pada perlumbaan seterusnya. RR

Isu Pada

Jun 2014

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

Pasukan Honda HRC Castrol Masih Mencari Rentak

CP150: Saingan Sengit di Garisan Penamat

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Ducati 125 Regolarita: Rangka Di Dalam Almari

Kembalinya Ducati ke pasaran MX dan Enduro satu silinder memerlukan kita melihat ke dalam cermin pandang belakang sejarah ke zaman ketika pengeluar motosikal sukan terkenal Itali itu terakhir kali terlibat dalam sektor offroad.

Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

MOT telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz kepada penduduk terjejas dalam insiden letupan paip gas.

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).