☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 November 2023

Enea Bastianini Tawan Litar Sepang

Pelumba pasukan Ducati, Enea Bastianini memberikan tunggangan sempurna untuk memenangi kelas prima dan kejayaan pertama buatnya musim ini di GP Malaysia yang berlangsung semalam. Cuaca yang sempurna ternyata menggembirakan bukan sahaja buat ribuan para pelumba tetapi juga para penonton yang membanjiri Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kali ini.

Francesco Bagnaia (Pecco) yang cemerlang di sesi ujian masa bermula di petak pertama tetapi kali ini dia dicabar oleh juara perlumbaan Sprint Test iaitu Alex Marquez yang turut memiliki rentak cukup mantap di SIC. Namun begitu, permulaan yang cukup baik daripada Bastianini memberi peluang untuknya berada bersama kelompok di hadapan.

Alex Marquez gembira dengan prestasinya.
Alex Marquez gembira dengan prestasinya.

Kesilapan kecil A. Marquez di selekoh pertama menyebabkan kedudukannya dirampas oleh Bastianini. Pecco pun juga cuba untuk memintas tetapi segera dicabar semula oleh A. Marquez untuk kekal di tempat kedua. Ketangkasan Bastianini untuk meratah setiap selekoh di SIC berjaya membuka jarak sedikit demi sedikit.

Para pelumba cuba mendapatkan laluan terbaik untuk lolos ke hadapan.
Para pelumba cuba mendapatkan laluan terbaik untuk lolos ke hadapan.

Ada juga ketika Pecco ‘disergah’ oleh Jorge Martin tetapi pelumba bernombor ‘1’ itu tenang untuk mempertahankan posisinya hingga ke garisan penamat diikuti Martin keempat.

Satu lagi keputusan yang cukup positif buat Fabio Quartararo.
Satu lagi keputusan yang cukup positif buat Fabio Quartararo.

Perebutan tempat kelima lebih menarik! Marco Bezzecchi, Fabio Quatararo, Franco Morbidelli dan Jack Miller hampir sama handal. Aksi kejar mengejar, acah mengacah para pelumba ini berlansung hampir di sepanjang perlumbaan. Akhirnya kedudukan tempat kelima menjadi milik Quartararo diikuti Bezzecchi dan Morbidelli.

Marc Marquez
Marc Marquez

Lima lap akhir, Bastianini sudah hampir dua saat di depan dan memberinya sedikit ruang untuk merasa selesa walaupun perlu kekal focus bagi mengelakkan A. Marquez datang menyerang. Pecco yang berada di tempat ketiga semakin ketinggalan dan hanya mengemaskan tunggangan hingga ke saat akhir.

Franco Morbidelli
Franco Morbidelli
Maverick Viñales
Maverick Viñales

Bastianini akhirnya berjaya meraih kemenangan pertamanya musim ini di SIC manakala A. Marquez di tempat kedua dan Pecco ketiga. Jorge Martin di tempat keempat dan semakin merapatkan jurang mata keseluruhan kepada 14 mata sahaja. Saingan kali ini juga menunjukkan beberapa pelumba seperti Binder, Espargaro, Raul Fernandez, Oliveira dan Joan Mir gagal menamatkan perlumbaan.

Iker Lecuona
Iker Lecuona

Selepas Malaysia, para pelumba akan ke Qatar dan berkemungkinan kita akan dapat saksikan juara MotoGP musim ini dicipta di Litar Losail. Sama-sama kita nantikan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.