☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 November 2023

Damok Sasarkan Prestasi Cemerlang di Pusingan Penutup

Kejuaraan MotoGP musim 2023 bakal melabuhkan tirainya di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol pada hujung minggu ini. Litar yang berukuran 4.01km panjang ini dilengkapi dengan 5 selekoh kanan, 9 selekoh kiri, 876m litar lurus dan menjadi sentiasa menjadi lokasi perlumbaan terakhir dalam kalendar MotoGP sejak tahun 2002.

Damok menamatkan saingan di GP Qatar di tempat ke-22.
Damok menamatkan saingan di GP Qatar di tempat ke-22.

Litar Ricardo Tormo sering mempamerkan perlumbaan yang mendebarkan dan seringkali menjadi 'medan' penentuan Kejuaran Dunia. Seperti perlumbaan yang bakal berlansung minggu ini, iaitu penentuan juara keseluruhan kelas MotoGP antara Pecco Bagnaia dan Jorge Martin. ValenciaGP juga dinobatkan sebagai Grand Prix terbaik pada tahun 2002, 2003, 2005.

Aksi Damok '63' di GP Qatar minggu lalu.
Aksi Damok '63' di GP Qatar minggu lalu.

Buat pelumba negara, Syarifuddin Azman atau Damok, dia akan melakukan keupayaan terbaik pada perlumbaan terakhir minggu ini. Ini adalah perlumbaan terakhir buat Damok bersama pasukan MTHelmets Msi, maka Damok tekad untuk membuktikan kemampuan dan peningkatan yang positif untuk meraih mata yang berharga buat diri dan pasukan.

Peluang ini juga akan digunakan sebaiknya sebagai tanda terima kasih sepanjang kerjasama dalam ini. Matlamat Damok tetap sama iaitu untuk mendapat talaan jentera yang baik dan rentak di dalam litar dengan segera. Ini penting untuk meletakkannya di kedudukan yang baik dalam sesi latihan dan perlumbaan nanti.

“Saya mahu enjoy di litar dan berikan yang terbaik untuk perlumbaan penutup musim ini. Saya mahu buktikan kemampuan saya, dan meraih mata. Juga sebagai tanda terima kasih kepada pasukan sepanjang musim ini. Kami akan berkerja keras untuk mendapatkan rentak dari hari Jumaat dan yang penting sekali adalah untuk mendapatkan talaan dan 'hubungan' yang baik bersama jentera ketika perlumbaan nanti. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang musim ini", Damok.

Damok melambaikan tangannya kepada para peminat di Litar SIC tempohari.
Damok melambaikan tangannya kepada para peminat di Litar SIC tempohari.

Perlumbaan terakhir Moto3 di ValenciaGP dijadualkan pada hari Ahad, 26 November 2023. Ayuh kita memberikan sokongan penuh buat pelumba negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).