☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Disember 2023

Perlumbaan Rally Dakar Makin Dekat, Pasukan Monster Energy Honda Sedia!

Perlumbaan lasak Rally Dakar pun dah makin dekat dengan pengumuman tarikh cabaran bermula dari 5hb Januari hingga 19hb Januari 2024 nanti. Pasukan Monster Energy Honda ternyata semakin bersedia untuk menempuh perlumbaan lasak tersebut.

Untuk musim 2024 ini, pihak Honda bakal memberi cabaran menerusi model baru CRF450Rally menggantikan model sebelum ini yang telah memberikan pasukan mereka begitu banyak kegembiraan.

Tanggapan pertama oleh para pelumba mengenai CRF450Rally:

  • Reka bentuk dan corak yang agresif menambah semangat dan mencerminkan sifat daya saing.
  • Setiap butiran direka cukup teliti untuk memastikan prestasi, kekuatan dan ketahanan, sambil kekal ringan.
  • Prestasi enjin yang terus mantap

Dengan Honda CRF450Rally baharu, pasukan Monster Energy Honda sedang bersiap sedia untuk musim rali yang menarik. Para pelumba tidak sabar-sabar untuk menguji jentera serba baharu ini dalam persada dunia lumba lasak seperti Rali Dakar, di mana tahap ketahanan jentera dan fizikal pelumna adalah sama pentingnya dengan kelajuan yang amat diperlukan. CRF450Rally sedia untuk menguasai rupa bumi yang paling mencabar di dunia. RR

Senarai pelumba:

  • 1. Pablo Quintanilla (No.7)
  • 2. Ricky Brabec (No.9)
  • 3. Skyler Howes (No.10)
  • 4. Jose Ignacio 'Nacho' Cornejo (No.11)
  • 5. Andrien Van Beveren (No.42)
  • 6. Tosha Schareina (No.68)

Spesifikasi: Honda CRF450 Rally

  • Enjin: sistem penyejuk cecair, DOHC,
  • Isipadu: 449.4cc
  • Kuasa maksimum: lebih 45kW
  • Sistem bahan api: suntikan bahan api elektronik
  • Kerangka: tiub kembar aluminium dengan sub-kerangka gentian karbon
  • Tangki: Depan + Belakang (plastik), 34.7 liter
  • Saspensi hadapan: Showa, jenis terbalik, 310mm
  • Saspensi belakang: Showa, tiub tunggal, 305mm
  • Brek hadapan: 2 x cakera 300mm
  • Brek belakang: 1 x cakera 240mm
  • Transmisi: 6 kelajuan

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.