☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Januari 2024

Aprilia Tuareg 660 Juara Africa Eco Race

Motosikal Aprilia Tuareg 660 telah menjadi juara rali Africa Eco Race 2024.

Africa Eco Race merupakan rali tahunan yang berlangsung di utara benua Afrika. Ia sebenarnya dimulakan apabila Rali Paris-Dakar telah ditamatkan di benua Afrika pada 2018. Rali Dakar kemudiannya berpindah ke benua Amerika Selatan sebelum berpindah lagi ke Timur Tengah. Oleh itu, rali Africa Eco Race menggunakan laluan merangkumi 6500km (dibahagikan kepada 11 bahagian) yang diambil oleh Rali Paris-Dakar dari Maghribi (Morocco), melalui Mauritania dan tamat di Senegal. Pengelola perlumbaan ini berkata ia mengikuti jejak penaung Rali Paris-Dakar, Thierry Sabine.

Pada masa yang sama, rali Africa Eco race mempunyai beberapa kelas untuk motosikal seperti sampai had 450cc, lebih daripada 450cc, Open, 650cc ke 1000cc berenjin silinder berganda, dan 1000cc ke atas dengan silinder berganda. Sebaliknya, kategori motosikal di dalam rali Dakar menghadkan kapasiti enjin kepada 450cc sahaja.

Berbalik kepada prelumbaan tahun ini, Aprilia mengambil bahagian dengan dua buah Tuareg 660 yang ditunggang oleh Jacopo Cerutti dan Francesco Montanari. Beberapa peningkatan dilakukan kepada motosikal mereka, termasuklah suspensi Öhlins, ekzos titanium SC-Project, dan penapis udara Sprint Filter.

Sebagai pelumba veteran, Cerutti telah memulakan perlumbaan dengan baik dan sering berada di dalam kelompok tiga pelumba teratas dikalangan pelumba-pleumba Yamaha Tenere WOrld Raid Team Alessandro Botturi dan Pol Tarres. Ketiga-tiga mereka ini sering menukar kedudukan sehinggalah tamat perlumbaan. Namun akhirnya, Cerutti dan jentera Aprilia Tuareg 660-nya menjadi juara keseluruhan apabila menamatkan perlumbaan dengan hanya 6 minit di hadapan Botturi, manakala Tarres di tempat ketiga. (Jarak 6 minit dikira amat dekat setelah pelumba-pelumba mengharungi 6,500km.)

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.