☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Januari 2024

Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Sasar Juara WorldSBK Kali Ketiga Berturut-turut!

WSBK 2024: Pasukan Aruba.it Racing – Ducati yang juga selaku juara bertahan merupakan pasukan pertama yang memperkenalkan warna dan liveri mereka untuk kempen Kejuaraan Sedunia MOTUL FIM WorldSBK 2024. Skuad Aruba.it Racing – Ducati akan berusaha untuk menjadikan musim ini sekali lagi memberikan mereka takhta juara untuk ketiga berturut-turut bersama Alvaro Bautista.

Alvaro Bautista 'kiri' & Nicolo Bulega.
Alvaro Bautista 'kiri' & Nicolo Bulega.

Sudah tentu 'bintang' utama majlis pelancaran ini adalah Juara WorldSBK 2023, Alvaro Bautista telah disertai oleh rakan sepasukan baru iaitu Nicolo Bulega. Pada masa yang sama, tahun ini juga membuka peluang buat Nicolo Bulega yang dinaikkan pangkat daripada saingan WorldSSP ke kelas prima ini. Pelancaran itu menyaksikan jentera Panigale V4 R diberikan rekacorak liveri hampir sama seperti musim lalu yang dipadankan dengan warna Merah Ducati ikonik.

Nicolo Bulega.
Nicolo Bulega.
Alvaro Bautista.
Alvaro Bautista.

Bercakap pada pelancaran Ducati di Madonna di Campiglio, Juara bertahan itu berkata: “Saya berasa sudah semakin pulih daripada kecederaan saya. Saya menghabiskan beberapa minggu untuk cuba pulih secepat yang mungkin. Ujian terakhir yang perlu saya lakukan ialah menunggang jentera saya dan untuk memastikan tiada masalah. Saya gembira dengan keadaan fizikal saya sekarang. Mari kita lihat bagaimana keadaannya di Sesi Ujian nanti."

PERUBAHAN PERATURAN:

Terdapat beberapa perubahan besar yang akan datang ke WorldSBK untuk 2024, termasuk peraturan dari segi Berat dan Pengurangan Saiz Tangki Bahan Api.

Adakah Alvaro Bautista akan terjejas?

Sebagai salah seorang pelumba paling ringan di grid, Bautista dijangkakan akan lebih merasakan kesan daripada peraturan berat badan dan pasukannya telah melakukan sesi ujian di Jerez tahun lepas. Dengan data yang dikumpul oleh pasukannya, Bautista berkata: “Kami sedang usahakan penambahan berat pada motosikal. Dengan lebih berat, saya berasa lebih sukar untuk dikendalikan terutamanya di selekoh laju."

"Dengan lebih inersia, miringan menjadi lebar dan lebih sukar untuk menutup selekoh. Selain itu, untuk melakukan brek keras, kami banyak bergelut. Kami akan menumpukan perhatian kepada perkara ini untuk berada pada prestasi yang terbaik.” RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.