☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Februari 2024

Qatar Test Hari 2: Bagnaia Buktikan Mengapa Dia Raja MotoGP!

Sesi Ujian Rasmi Qatar telah selesai dijalankan selama dua hari. Keputusan adalah seperti yang dijangka, sekali lagi Francesco Bagnaia (Pecco) dan jenteranya 'meletup' untuk mencipta rekod Lap Terpantas Litar Lusail dengan 1:50s. Ya, kali pertama dalam sejarah catatan masa ini berjaya dilakukan.

Siapa mampu mencabar jaguh-jaguh Ducati musim ini?

Turut menikmati talaan dan rentak sempurna ialah rakan sepasukan Pecco iaitu Enea Bastianini yang mengakhiri sesi ujian di tempat kedua. Talaan sempurna yang dilakukan oleh seluruh krew pasukan Ducati Lenovo Team berjaya menggusarkan pasukan-pasukan lain. Litar Qatar juga membuktikan betapa lajunya jentera Ducati selepas 6 daripada 7 pelumba mereka berada di dalam kelompok 10 pelumba terpantas.

Enea Bastianini.
Enea Bastianini.
Marc Marquez.
Marc Marquez.

Walaupun terbabas, Marc Marquez akhirnya berjaya mendapatkan momentum dan keserasian untuk tamat di tempat ke-4. Antara pelumba Ducati yang memiliki rentak cukup padu ialah Marco Bezzecchi, Fabio Di Giannantonio dan Alex Marquez.

Pesaing paling rapat dan dekat untuk mencabar Ducati ialah pasukan Aprilia. Selepas mendapatkan talaan terbaik ketika ujian di Sepang, Aleix Espargaro merupakan pelumba Aprilia paling pantas untuk berada di posisi ke-3 manakala pelumba pasukan satelit (Trackhouse Racing), Raul Fernandez menyinar di tempat ke-5 diikuti Maverick Vinales, ke-6.

Maverick Vinales.
Maverick Vinales.
Raul Fernandez.
Raul Fernandez.
Jack Miller.
Jack Miller.
Brad Binder.
Brad Binder.

Brad Binder dan Jack Miller berada di antara 10 pelumba terbaik dan masih belum berpuas hati dengan tahap sebenar kemampuan jenteranya. Binder terus mencatatkan masa yang agak bagus manakala Miller pula terlibat dengan kemalangan, mujur 'rider' ok!

Pasukan Monster Energy Yamaha masih bergelut untuk dapatkan tahap cengkaman terbaik khususnya pada tayar belakang. Mereka juga dilihat sedang menguji sistem ekzos yang lebih panjang untuk kelancaran hantaran kuasanya. Pada akhir sesi Ujian Qatar, Fabio Quartararo berada di tempat ke-14 manakala rakan sepasukannya, Alex Rins di tempat ke-16.

Alex Rins.
Alex Rins.
Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.

Dari segi perspektif teknikal, sememangnya ada peningkatan khususnya menerusi enjin baru dan aero belakang. Penambahbaikan itu bertujuan untuk lebih cengkaman dan kestabilan. Pencarian untuk dapatkan cengkaman belakang terbaik tetap diteruskan dan "Buku Ujian 2024" tidak mungkin akan ditutup sekarang. Masih ada peluang untuk kembali di atas.

Joan Mir.
Joan Mir.
Luca Marini.
Luca Marini.

Itulah yang kini sedang diusahakan oleh krew-krew pasukan Honda. Para pelumba mereka seperti Luca Marini, Joan Mir, Johann Zarco dan Takaaki Nakagami menghabiskan berpuluh lap di litar padang pasir itu untuk mencari 'resepi' terbaru, kekuatan dan ketangkasan untuk terus memberi cabaran. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.