☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Mac 2024

Para pelumba Idemitsu Boon Siew Honda Racing Bersedia Galas Cabaran!

Pasukan Idemitsu Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan barisan pelumbanya yang bakal memberi cabaran dalam perlumbaan Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship yang akan bermula pada 15 Mac 2024 ini di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

Azroy Hakeem Anuar 'kiri' & Md Helmi Azman.
Azroy Hakeem Anuar 'kiri' & Md Helmi Azman.

Md Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar, dua pelumba muda yang memiliki reputasi cukup possitif telah mengesahkan penyertaan mereka untuk satu lagi musim. Kedua-dua pelumba muda ini bakal mencabar para pelumba lain dalam kategori SuperSports 600 dengan menunggang Honda CBR600RR. Duo dinamik itu membuat penampilan sulung mereka dalam perlumbaan tempatan, 'One Make Race'  dan telah berkembang dengan ketara hingga ke peringkat Asia dan Antarabangsa.

Dalam Asia Production 250cc, Md Irfan Haykal akan melangkah bersama Md Syarifuddin Azman, yang juga dikenali sebagai “Damok”. Kali terakhir Damok muncul memberi saingan adalah sebagai pelumba wild-card tetapi penampilannya itu telah meninggalkan kesan yang berkekalan.

Md Irfan Haykal 'kiri' & Damok menggalas harapan untuk menyinar dalam saingan Asia Production 250cc.
Md Irfan Haykal 'kiri' & Damok menggalas harapan untuk menyinar dalam saingan Asia Production 250cc.

Pihak BSH juga mengesahkan bahawa Md Zaqhwan Zaidi akan berlumba dalam kategori perlumbaan Asia Superbike 1000cc untuk satu lagi musim.Zaqhwan bakal menunggang Honda CBR1000RRR versi 2024 untuk Honda Dream Racing dengan Astemo. Pelumba berusia 29 tahun itu, yang menamatkan saingan sebagai Naib Juara musim lalu selepas mengharungi cabaran yang sukar sepanjang musim. Ini menunjukkan potensi besar terhadap kemampuan para pelumba dalam kejuaraan motosikal di peringkat Asia dan Antarabangsa. Pada masa yang sama, menjadi kemuncak kejayaan BSH dan Honda Asia.

Md Zaqhwan Zaidi.
Md Zaqhwan Zaidi.

Pengurus Pasukan, En. Makoto Tamada berkata, “Kami telah menamakan secara rasmi Honda Asia-Dream Racing dengan SHOWA kepada Honda Asia-Dream Racing dengan Astemo. Bersama pelumba kami yang berbakat dan berkemahiran tinggi, saya bertegas bahawa kami boleh mencapai kejayaan dalam kejuaraan musim ini". RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.