☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 April 2024

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Memang padu! Tunggangan yang penuh bertenaga dari pelumba muda negara, Hakim Danish dalam Perlumbaan 2 saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup semalam hampir benar memberikannya takhta juara. Turun menentang para pelumba lain yang juga cukup mantap, Hakim berada dalam kelompok paling hadapan sejak di awal saingan. 

Kita mulakan terlebih dahulu dengan Perlumbaan 1. Dengan melakukan permulaan yang baik, Hakim dapat bersaing dengan kelompok hadapan serta melihat keupayaan dan kelemahan para pelumba lain. Terdapat beberapa selekoh di mana Hakim dilihat lebih laju dan itulah tempatnya untuk melakukan serangan. Ketika saingan berbaki 2 lap sahaja, Hakim membuat serangan dan melakukan kesilapan. Walaupun dapat menyambung semula, Hakim menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

Hakim '13' memimpin perlumbaan dengan penuh bergaya.
Hakim '13' memimpin perlumbaan dengan penuh bergaya.

Rentak saingan kedua lebih pantas. Makin ramai pelumba yang mampu memberi saingan sehinggakan berlakunya banyak aksi pintas memintas. Sesiapa sahaja mampu mencuri posisi untuk berada di tempat pertama.

Sekali lagi, Hakim bermula dengan baik. Terdapat beberapa selekoh yang agak lembab dan licin tetapi ia tidak mengganggu konsentrasi Hakim untuk mengejar pelumba di hadapannya. Hakim dan para pelumba lain sering bertukar-tukar kedudukan tetapi menjelang lap terakhir, dia sudah berada di posisi pertama.

Lap akhir, Hakim masih di depan dan garisan penamat sudah berada di depan mata. Di saat-saat akhir, pelumba tuan rumah Alvaro Carpe memintas hanya beberapa meter sebelum garisan penamat untuk muncul juara dengan perbezaan masa hanya 0.006 saat sahaja. Sayang sekali!

"Pada 2 lap terakhir, saya cuba untuk kekalkan posisi tetapi akhirnya berjaya mendapatkan tempat kedua dan saya tidak sabar lagi untuk ke perlumbaan Pusingan 2 di Le Mans nanti. Saya gembira kerana berjaya memperbaiki kesilapan saya di Perlumbaan 1 dan piala ini untuk Malaysia!," Hakim Danish. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).