☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Mei 2024

MSBK1000: Azroy Menang Dengan Bergaya

Perlumbaan 2 pusingan 1 Kejohanan Superbike MAM Malaysia di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menyaksikan kemenangan kedua buat Azroy Hakeem Anuar dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM dalam kategori MSBK1000 A selepas muncul juara di perlumbaan 1 semalam.

Sebaik sahaja perlumbaan 2 dimulakan, Azroy dapat memulakan perlumbaan dengan baik sekali sebagai pendahulu. Di belakangnya Nakari mengekori rapat manakala Azlan Shah yang berada di kedudukan ketiga sedia untuk memberi cabaran kepada Azroy dan Nakarin.

Para pemenang perlumbaan 2 MSBK1000 A, dari kiri: Azlan Shah, Azroy & Nakarin.
Para pemenang perlumbaan 2 MSBK1000 A, dari kiri: Azlan Shah, Azroy & Nakarin.

Pada lap kesembilan, Azlan merebut peluang untuk menyerang Nakarin dan akhirnya berjaya meninggalkan beliau di tempat ketiga.

Sebaik sahaja tiba di pusingan terakhir, Azlan semakin menghampiri Azroy. Walaubagaimanapun Azroy meningkatkan kelajuan dan melepasi garisan penamat sebagai pemenang di tempat pertama dengan catatan masa 21'27:597s.

Manakala Azlan Shah dari pasukan HORIZON RACING TEAM menamatkan saingan di tangga kedua dengan 21'27:840s. Tempat ketiga pula menjadi milik Nakarin Atiratphuvaphat (HONDA RACING THAILAND) dengan catatan masa 21'31:121s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.