☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Mei 2024

Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 2): Podium Kedua Buat Hakim Danish!

Litar Le Mans: Tahniah Danish atas kejayaan menaiki tangga ketiga dalam Perlumbaan 2, Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024. Selepas menamatkan saingan pertama di tempat kelima, pelumba negara Hakim Danish bertekad untuk memperbaiki tunggangannya. Masalah hantaran kuasa ketika keluar dari selekoh mengganggu prestasi Danish dalam Perlumbaan 1 untuk mengejar dan memberi saingan dalam kelompok hadapan.

Para pemenang Perlumbaan 2, Red Bull MotoGP Rookies Cup. Dari kiri: Hakim Danish, Brian Uriarte dan Maximo Quiles.
Para pemenang Perlumbaan 2, Red Bull MotoGP Rookies Cup. Dari kiri: Hakim Danish, Brian Uriarte dan Maximo Quiles.

Permulaan yang baik dan tenaga pecutan yang lancar daripada Danish memudahkannya untuk berada bersama kelompok hadapan. Beberapa kali juga Danish berjaya memimpin perlumbaan tetapi seperti biasa, saingan kelas ini dibarisi oleh para pelumba yang sama kuat, sama handal.

Agak sukar untuk memilih siapa pemenangnya kerana kedudukan di antara mereka sangat rapat. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan seseorang pelumba itu tercicir jauh dan hilang mata yang cukup penting.

Menjelang lap terakhir, ketika Danish cuba untuk mencari kemenangan, dia telah diberi tentangan hebat serta dipintas oleh dua orang pelumba. Danish mengemaskan tunggangan untuk tidak terkebelakang dan dapat memintas seorang pelumba sahaja untuk menempatkan dirinya di podium. Tahniah Hakim Danish!

"Dalam saingan pertama, saya struggle untuk mengikut kelompok hadapan kerana ada sedikit kekurangan di 'exit corner saya'. Ini menyebabkan saya mula ketinggalan. Selekoh demi selekoh, saya banyak kehilangan masa di selekoh. Tapi saya cuba untuk improve exit corner saya tetapi apabila dipintas oleh pelumba lain, saya sukar untuk mengejar kembali kelompok itu," komen Danish. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).