☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2024

Qabil Dominasi Pusingan 2. Pelumba Luar Negara Makin 'Power'!

Saingan Pusingan 2 kejuaraan SIC Ohvale Junior Championship dan FIM MiniGP Malaysia Series musim 2024 berakhir di Litar Go Kart Sepang semalam dengan menyaksikan kebangkitan para pelumba antarabangsa dalam kelas 110cc dan 160cc. Namun begitu kelas perdana terus diungguli oleh pelumba sensasi negara, Qabil Irfan Azlan.

Qabil Irfan '4' mendominasi saingan akhir manakala Adam Danial kini di tempat keempat.
Qabil Irfan '4' mendominasi saingan akhir manakala Adam Danial kini di tempat keempat.


Adam Aiman kini di tempat ketiga keseluruhan dengan 61 mata.
Adam Aiman kini di tempat ketiga keseluruhan dengan 61 mata.

Seperti yang dilakukan pada Pusingan 1 di Litar Lumba Tangkak, Johor, Qabil Irfan memenangi kedua-dua perlumbaan di samping mencatat masa terpantas di sesi kelayakan; sekali gus mengutip 50 lagi mata kejuaraan untuk menduduki persada kejuaraan selepas dua pusingan dengan 100 mata.

Selepas memenangi Perlumbaan 1 dengan kelebihan 9.30 saat di hadapan juara bertahan Farish Hafiy, Qabil selaku juara kelas 160cc untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, tidak tercabar pada Perlumbaan 2. Qabil menamatkan saingan 12 lap itu dengan kelebihan 6.431 saat di hadapan Farish Hafiy dan 11.883 saat di hadapan Adam Aiman di tempat ketiga.

Saingan kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 160cc menyaksikan dominasi pelumba antarabangsa dengan penunggang Indonesia, Kenzie Akbar memenangi Perlumbaan 1 dan pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan mengungguli Perlumbaan 2. Selaku pelumba terpantas dalam sesi kelayakan, Kenzie menamatkan saingan 16 lap dalam Perlumbaan 1 dengan mencatat masa 15 minit 15.229 saat, 1.795 saat di hadapan Nguyen Viet Tuan manakala pelumba negara, Airel Marzuki di tempat ketiga.  

Perlumbaan 2 menyaksikan Kenzie bermula garang sebelum terjatuh pada selekoh keempat untuk memaksa perlumbaan diberhentikan dan dimulakan semula. Ini, sekali gus, membuka laluan kepada Nguyen untuk mencipta kemenangan dengan diikuti oleh Airel di tempat kedua dan Daniel Syazwan di tempat ketiga.

Dalam saingan SIC Ohvale Championship 110cc, pendahulu kejuaraan Al-Adam Mikail dicabar hebat pada pusingan ini oleh para pesaing antarabangsa – Cheung Yan Kit dari Hong Kong dan penunggang Vietnam, Nguyen Minh Tuan. 

Selepas Al-Adam memanfaatkan insiden perlanggaran antara Yan Kit dan Nguyen untuk mendapat kemenangan mudah pada Perlumbaan 1, Al-Adam terpaksa akur kepada ketangkasan Yan Kit dan Nyugen dalam saingan kedua, yang masing-masing memenangi berada di kedudukan podium yang lebih baik.. Selepas dua pusingan, Al-Adam kini mendahului kejuaraan dengan mengumpul 91 mata.

Pusingan 3 akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai di Litar MORAC Adventure Park, Langkawi, Kedah disusuli saingan Pusingan 4 yang akan diadakan di Litar Lumba UNIMAP, Arau, Perlis pada 3 dan 4 Ogos. Pusingan akhir akan kembali di Litar Go-kart Sepang pada 19 dan 20 Oktober. Tiga pelumba terbaik negara dalam kelas 190cc dan 2 pelumba terbaik negara dalam kelas 160cc akan dipilih untuk bersaing di FIM MiniGP World Finals, yang dijadualkan pada bulan November di Valencia, Sepanyol. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.