☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Julai 2024

WorldWCR 2024: Lucy Michel, Pelumba Muda Jelita Dari Jerman

Perlumbaan Women’s Circuit Racing World Championship (WorldWCR) dengan rasminya telah membuka tirainya pada pertengahan Jun lalu. Saingan kelas ini akan diadakan sebanyak 6 Pusingan, dengan menampilkan seramai 19 orang pelumba wanita yang cukup berbakat dari seluruh dunia dengan menggunakan jentera Yamaha YZF-R7.

Barisan para pelumba dalam saingan WorldWCR 2024.
Barisan para pelumba dalam saingan WorldWCR 2024.

Perlumbaan pusingan pertama telah dimenangi oleh Maria Herrera yang mengungguli saingan 1 dan 2 untuk mengumpul 50 mata sempurna. Tempat kedua dan ketiga turut dimenangi oleh rakan senegaranya iaitu Sara Sanchez dan Ana Carrasco.

Lucy Michel.
Lucy Michel.

Kali ini, kita berkenalan dengan Lucy Michel yang merupakan antara pelumba termuda dalam saingan WorldWCR. Lucy kini berumur 19 tahun, berasal dari Erlabrunn, Jerman dan mula melangkah masuk dalam dunia perlumbaan ketika berumur 8 tahun dengan menunggang pocketbike.

Dari saat itu, Lucy terus 'memecut' laju untuk mencapai impiannya bergelar pelumba profesional. Antara kejuaraan yang telah disertainya ialah ADAC Pocket Bike Cup, ADAC Minibike Cup, ADAC Junior Cup, Yamaha R3 bLU cRU Cup, Schleizer Dreieck dan Supersport 300. Pada masa yang sama Lucy juga merupakan pelajar jurusan Teknologi Perubatan Radiologi yang berdisiplin dan berdedikasi.

Komen Lucy:

- Sangat berbangga dalam mewakili Jerman dalam WorldWCR
- Pelumba kegemaran ialah Valentino Rossi
- Atlet wanita yang memberikan inspirasi ialah Maria Herrera
- Suka bersukan dan bermain permainan video PS4 WorldSBK
- Sasaran tahun ini adalah untuk mendapat posisi terbaik

Pada perlumbaan sulungnya di Litar Misano tempohari, Lucy menamatkan saingan di tempat ke-9 dalam Perlumbaan 1 dan ke-10 dalam saingan kedua. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).