☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Julai 2024

MotoGP: Lewis Hamilton Nak Beli Pasukan Gresini?

Terdengarnya khabar angin di antara pasukan-pasukan dan pelumba di paddock MotoGP yang kali ini agak mengejutkan mengejutkan ramai. Katanya, pelumba F1 Lewis Hamilton mungkin sedang dalam perbincangan untuk memperoleh pasukan Gresini Racing.

Ya...dua hari lalu, pasukan Gresini baru sahaja mengumumkan pembaharuan kontrak bersama Alex Marquez untuk tahun 2025 dan 2026.

Alex Marquez.
Alex Marquez.

Menurut laporan http://The-Race.com, beberapa sumber yang rapat dengan pasukan itu menunjukkan bahawa pemandu Formula 1 itu berminat untuk membeli pasukan yang kini dimiliki oleh Nadia Padovani. Nadia mengambil alih pasukan itu selepas kematian suami dan pengasas Gresini, Fausto Gresini pada tahun 2021 yang lalu.

Seseorang yang rapat dengan Hamilton juga dilaporkan pernah melawat Gresini semasa perlumbaan MotoGP di Belanda ketika Juara Dunia F1 tujuh kali itu menerokai potensi pemerolehan yang dikehendakinya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.