☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Ogos 2024

Litar Brno Kembali Dalam Kalendar MotoGP Bermula 2025

MotoGP™ telah mengumumkan bahawa Grand Prix Republik Czech di Automotodrom Brno kembali dalam kalender MotoGP bermula 2025 sehingga 2029.

Bandar Brno telah mengadakan lebih daripada 50 Grand Prix sejak pertama kali menganjurkan MotoGP™ pada tahun 1965 sebagai destinasi untk peminat dua roda. Acara yang padamulanya diadakan di litar jalanan sebelum Automotodrom Brno membuat penampilan pertama di kalender MotoGP™ pada tahun 1987 sehingga 2020, kecuali pada tahun 1992.

Litar yang sepanjang 5.403 kilometer dan mempunyai 14 selekoh ini telah dikeluarkan daripada kalender MotoGP™ pada tahun 2021 atas sebab-sebab tertentu terutamanya faktor keselamatan para pelumba.

Masalah kewangan yang melanda akibat penularan wabak covid menyebabkan litar tersebut tidak dapat diperbaiki dengan segera dan terlepas siri MotoGP 2021 hingga 2024. Selepas litar tersebut bertukar tangan dan diambil alih oleh Shakai, sebuah syarikat milik Karel Hubacek tahun lalu, masalah penurapan trek dan kemudahan lain diperbaiki dengan segara untuk membawa kembali litar Brno ke  kalender MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.