☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 September 2024

Saingan di CP125 Semakin Sengit

Hujung minggu ini adalah pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan. Persaingan di kategori CP125 amat sengit di antara para pelumba yang handal. Siapakah yang akan mengorak langkah ke langkah seterusnya untuk ke arah kejuaraan?

Selepas menamatkan perlumbaan di tangga podium dalam setiap pusingan (kecuali pusingan empat - DNF), Md Syamil Amsyar (PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing) meraih kemenangan pertama di kedudukan teratas podium dalam pusingan ketujuh. Syamil kini menduduki tempat pertama secara keseluruhan dengan jumlah 109 mata. Tahun ini merupakan musim kedua dalam kelas CP125 buat beliau dengan menampilkan prestasi yang semakin meningkat. Adakah Syamil mampu mencapai kejayaan di Jempol memandangkan pada perlumbaan sebelum ini di litar yang sama beliau menamatkan saingan di kedudukan ke-19?

Md. Syamil Amsyar
Md. Syamil Amsyar

"Saya akan lebih berwaspada di Jempol nanti agar tidak melakukan kesilapan. Jumlah mata keseluruhan di antara pelumba tempat kedua tidak jauh. Saya perlu mengatur strategi agar dapat berada di tangga podium untuk menjarakkan lagi mata keseluruhan. Untuk musim ini, saya mula membina momentum dengan apa yang saya pelajari. Pasukan sentiasa memberi dorongan terbaik kepada saya. Saya dan rakan sepasukan akan buat yang terbaik dalam pusingan akan datang," kata Syamil.

Pesaing terdekatnya Izam Ikmal (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) yang dari kelas CP150 ke CP125 memberikan semangat baru selepas meraih dua kemenangan berturut-turut dan satu podium sekaligus menempatkannya di tangga kedua keseluruhan. Dengan pencapaian dan prestasinya yang semakin meningkat, adakah beliau dapat memberikan saingan kepada para pelumba lain untuk meraih kejuaraan?

Izam Ikmal
Izam Ikmal

"Saya harap pada pusingan akan datang dapat naik di tangga podium supaya peluang untuk merebut gelaran juara keseluruhan masih ada. Musim ini merupakan tahun pertama dalam CP125 dan saya berharap dapat mencabar pelumba-pelumba lain di litar Jempol yang merupakan tempat kegemaran saya. Walaupun Syamil adalah pesaing terdekat tetapi Irfan juga mempunyai kelebihan sacara keseluruhan. Perlumbaan akan datang pasti semakin sengit kerana para pelumba lain masih berpeluang untuk merangkul kejuaraan," kata Izam. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).