☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Januari 2025

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Setakat ini, Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha hampir pasti akan melancarkan pasukan mereka di Malaysia bersempena bermulanya musim baru, 2025. Keputusan ini dilihat menerusi laman web rasmi MotoGP https://www.motogp.com/ yang telah berkongsikan tarikh dan lokasi pengenalan beberapa buah pasukan yang bakal bertanding dalam saingan musim terbaru MotoGP tahun ini.

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP diwakili oleh Fabio Quartararo dan Alex Rins manakala pasukan Prima Pramac memberi kepercayaan kepada Miguel Oliviera dan Jack Miller.

Fabio Quartararo - juga dikenali dengan panggilan El-Diablo merupakan pelumba dari Perancis yang memiliki semangat juang dan gaya tunggangan yang mengagumkan. Pada usia 22 tahun, Quartararo telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan MotoGP 2021 dan merupakan pelumba Perancis pertama yang meraih gelaran tersebut. Tahun lalu ternyata sukar untuknya tetapi menjelang penghujung musim, dia telah berjaya mula memberikan keputusan yang positif dengan kedudukan antara 10 pelumba terbaik. Kedudukannya pada musim lepas adalah di tempat ke-13 dengan kutipan 113 mata.

Alex Rins - pasti ramai yang menyukai pelumba dari Itali ini. Dengan gaya tunggangan yang unik dan karaktor garangnya di litar membuatkan ramai pelumba gerun dengan kehadirannya. Musim pertamanya bersama Yamaha ternyata ada baik dan ada kurang baik.

Namun begitu, Rins sentiasa memberikan respon terbaik untuk pasukannya dalam usaha peningkatan prestasi enjin dari masa ke semasa. Kedudukan Alex Rins pada tahun 2024 iaitu di tempat ke-18 dengan 31 mata.

Jack Miller - terkenal sebagai pelumba yang menghiburkan dan 'nakal'. Namun begitu, jangan silap! Miller memang cukup agresif di atas litar. Gaya tunggangan pelumba dari Australia ini memang padu dan telah beberapa kali meletakkan kakinya di podium bersama pasukannya sebelum ini.

Tahun lalu, Miller berada di tangga ke-14 keseluruhan dengan 87 mata. Episod barunya akan bermula bersama pasukan Prima Pramac dan sudah pasti kita tidak sabar-sabar lagi ingin melihat sejauh mana Miller mampu 'memecut' musim ini.

Miguel Oliviera - pelumba muda dari Portugal yang menyertai saingan MotoGP bermula pada tahun 2019. Prima Pramac Yamaha merupakan pasukan ketiganya dan segala pengalaman berlumba bersama dua jenama sebelum ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk membawa jentera Yamaha di posisi yang lebih baik. Pada musim 2024, Oliviera meraih 75 mata untuk meletakkan dirinya di tempat ke-15 keseluruhan.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.