☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Januari 2025

Ujian Rasmi WSBK '25: Ducati Paling Depan

Sesi 'Ujian Rasmi WSBK' sedang berjalan dan keputusan untuk hari pertama sememangnya memihak kepada Ducati menerusi Nicolo Bulega (Aruba.it Racing – Ducati), Andrea Iannone (Team Pata Go Eleven) dan Scott Reading (MGM BONOVO Racing).

Bulega yang juga merupakan naib juara WSBK tahun lalu merupakan pelumba pertama yang melakukan catatan masa 1'39s di awal sesi. Bulega menyempurnakan 44 lap dan berjaya mencipta rentak terbaik dengan 1'38.731s untuk berada di posisi pertama.

Andrea Iannone 'The Maniac' yang menggunakan ekzos baharu mencipta 1'39.181s hanya beberapa saat di hadapan Redding, yang meraih tempat ketiga. Ya.. prestasi yang mengagumkan buat Iannone dan Panigale V4 R. Danilo Petrucci (Barni Spark Racing Team), yang turut mencabar diri dalam perlumbaan Rali Dakar sepanjang musim sejuk, menduduki tempat keenam apabila dia melengkapkan 69 pusingan dan mencatatkan masa 1'39.548s.

Pelumba Kawasaki, Garret Gerloff mempamerkan tunggangan yang cukup meyakinkan bersama jentera ZX-10RR yang telah dipertingkatkan menerusi sistem saspensi dan enjin. Selepas 66 lap, Gerloff berjaya meletakkan dirinya di tempat ke-4 dengan 1’39.332s.

Antara pembaharuan yang dapat dilihat ialah pasukan Honda kembali menggunakan sistem saspensi Ohlins untuk saingan musim ini. Xavi Vierge (Honda HRC) dan krew pasukan telah menguji komponen-komponen baru ini pada hari pertama untuk 81 lap dan berjaya meraih catatan masa 1’39.916s. Vierge turut disertai oleh penunggang ujian, Tetsuta Nagashima manakala Iker Lecuona masih belum dapat ke litar akibat kecederaan.

Prestasi pasukan BMW juga dinanti-nantikan. Michael van der Mark (Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK) adalah satu-satunya pelumba BMW di Jerez, dengan rakan sepasukan Toprak Razgatlioglu masih tidak pulih lagi. Pelumba dari Belanda itu memiliki rentak yang agak pantas tetapi sayangnya terlibat dalam kemalangan di selekoh 8 yang menyebabkan dia kehilangan masa yang berharga. Masa terbaik yang dicatatkan ialah 1'40.285s selepas melengkapkan 70 pusingan. Van der Mark disertai oleh pelumba uji Sylvain Guintoli dan Markus Reiterberger. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).